Sabtu, 24 Disember 2016

Lelaki Dilahirkan Tanpa Tangan Dapat Tangan Orang Dah Mati

Mungkin merupakan kes yang pertama di dunia apabila seorang lelaki yang dilahirkan tanpa tangan berjaya mendapat tangan baru daripada penderma yang sudah mati.

Lelaki yang dikenali sebagai Piotr itu menjalani pembedahan selama 13 jam yang membabitkan penyambungan pada pergelangan tangannya pada 15 Disember lalu.

“Dia terlalu gembira dengan kejayaan itu dan bercakap mengenai masa depannya,” kata Domanasiewicz, pakat bedah di Hospital Universiti Perubatan Wroclaw.

“Saya sudah boleh memeluk keluarganya dengan kedua-dua belah tangan. Selama ini saya menggunakan tangan palsu.” Piotr berkata dengan gembiranya.


Sehingga semalam, dia sudah mampu menggerakan jarinya. Doktor yakin keupayaan menggerakan tangannya akan meningkat dalam masa beberapa hari.-ERA fm