Lelaki Disahkan Mati Terjaga Dalam Bilik Mayat Minta Selimut

Kejadian pelik dan menakutkan berlaku apabila seorang lelaki Poland yang sudah disahkan meninggal dunia terjaga dari 'tidur lamanya' semasa sudah berada di bilik mayat.

Lelaki berkenaan telah disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung semasa minum di sebuah pub di barat daya Poland.

Setelah disahkan meninggal dan dihantar ke bilik mayat, pengawal keselamatan terdengar bunyi bising dari bilik mayat tersebut.

“Saya begitu pasti ada cubaan merompak. Pernah beberapa pemuda datang memecah masuk blik mayat untuk merompak.

“Tetapi bunyi bising itu datang dari peti sejuk mayat.

Dengan tangan yang menggeletar, saya buka pintu peti sejuk itu dan menemui ‘mayat’ yang dalam keadaan berbogel, meminta selimut kerana terlalu sejuk,” kata pengawal itu.

Setelah menghubungi polis dan pihak hospital lelaki berkenaan dibenarkan pulang. Oleh: Aimi Nordin Sumber: Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.