Polis Kena Tertipu.

New York: Polis New York memecahkan sebuah kereta yang diparkir untuk menyelamatkan wanita dipercayai mati kesejukan dan terperangkap di dalamnya.

Bagaimanapun ‘mangsa’ berkenaan sebenarnya patung bersaiz manusia.

Orang awam yang cemas menelefon polis kelmarin untuk memaklumkan mengenai seorang wanita yang mati kesejukan di dalam keretanya yang diparkir di tempat letak kereta di Hudson.

Apabila bergegas ke kawasan itu, polis melihat ‘wanita’ itu di tempat duduk penumpang tidak bergerak dan memakai topeng oksigen.


Menurut polis, kereta itu turut dilitupi salji bererti ia ditinggalkan di dalam cuaca sejuk sepanjang malam dengan suhu serendah -13 darjah Celsius.-Harian Metro
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.