Rafizi Ramli Cabar Datuk Seri Najib Razak: Saman Saya Jika Saya Salah Isu Kos MRT

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan saman jika beliau tersalah tentang kos pembangunan projek Transit Aliran Massa (MRT).

Beliau berkata demikian dalam sidang media secara langsung yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Semalam, Najib menafikan dakwaan pembangkang yang kononnya projek MRT Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK) menelan belanja RM100 bilion.

Pada Sabtu yang lalu, Rafizi mendakwa pengumuman Najib sebelum itu mengesahkan kebimbangan kos projek MRT secara keseluruhan akan melebihi RM100 bilion. - Malaysiakini
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.