Ramai Wanita Terasa Terhina Dengan Sindiran Jamal itu.

"Kata-kata itu menghina ciptaan Allah Taala kerana anugerah cahaya mata merupakan rezeki dari Allah Taala dan bukan semata-mata kehendak seorang wanita tersebut.

Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fuziah Salleh hari ini tampil mempertahankan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ekoran serangan oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Sambil menyifatkan kenyataan Jamal sebagai bersifat peribadi, berunsur jelik, seksis serta menghina kaum wanita, Fuziah berkata, ramai wanita berasa terhina dengan sindiran Jamal itu yang mengatakan Siti Nurhaliza tidak subur.

"Kata-kata itu menghina ciptaan Allah Taala kerana anugerah cahaya mata merupakan rezeki dari Allah Taala dan bukan semata-mata kehendak seorang wanita tersebut.

"Ayat yang digunakan oleh Jamal merupakan keterlaluan buat seorang wanita dan punyai unsur jelik mirip kepada lucah," ujar Fuziah dalam kenyataan.

Semalam, Jamal mengeluarkan kenyataan selepas kiriman laman sosial Siti Nurhaliza yang mengkritik Jamal kerana melakukan 'protes tuala' di Shah Alam.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” kata Jamal.

Terdahulu, Siti Nurhaliza telah memuat naik gambar di laman Instagram berkenaan tindakan Jamal pergi ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.

“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol,” tulis Siti.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, pihaknya ingin mengingatkan Jamal bahawa isterinya juga adalah seorang wanita.

"Ibu yang melahirkan anda juga adalah wanita. Tentu sekali mereka segan mendengar kata-kata jelik demikian di keluarkan terhadap seorang wanita lain," tambahnya.

Oleh itu, Fuziah menggesa Jamal memohon maaf bukan sahaja kepada Siti Nurhaliza tetapi kepada semua wanita yang turut rasa terhina dengan ayat yang dilontarkan terhadap penyanyi itu.-Malaysiakini

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,402,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,21,Berita Menarik,975,Berita Semasa,1350,Islam,104,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,435,Kes Rogol,355,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1204,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,353,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,547,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,38,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Ramai Wanita Terasa Terhina Dengan Sindiran Jamal itu.
Ramai Wanita Terasa Terhina Dengan Sindiran Jamal itu.
"Kata-kata itu menghina ciptaan Allah Taala kerana anugerah cahaya mata merupakan rezeki dari Allah Taala dan bukan semata-mata kehendak seorang wanita tersebut.
https://2.bp.blogspot.com/-cXC57PfgXws/WF4pS8C1bfI/AAAAAAAAWo4/t_grpXux5mUTGK3ODeKa_aSykHHGe8z4QCLcB/s320/2.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-cXC57PfgXws/WF4pS8C1bfI/AAAAAAAAWo4/t_grpXux5mUTGK3ODeKa_aSykHHGe8z4QCLcB/s72-c/2.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/12/ramai-wanita-terasa-terhina-dengan.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/12/ramai-wanita-terasa-terhina-dengan.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy