Rangka Manusia Gergasi Ditemui Di Melaka

Melaka – Seorang ahli sejarah mendakwa telah menjumpai tinggalan rangka manusia yang dipercayai bersaiz gergasi di dalam sebuah gua di Pulau Upeh yang terletak di luar pantai di sini.

Melaka – Seorang ahli sejarah mendakwa telah menjumpai tinggalan rangka manusia yang dipercayai bersaiz gergasi di dalam sebuah gua di Pulau Upeh yang terletak di luar pantai di sini.

Mohd Fuad Khusari M. Said yang dilantik kerajaan Melaka untuk mencari tapak warisan bersejarah yang baharu berkata beliau menjumpai beberapa tulang dengan sebahagian daripadanya terdedah di atas permukaan tanah di Pulau Upeh.

Beliau juga menjumpai dua kubur bersaiz luar biasa kira-kira 1.2 kilometer di luar gua tersebut.

Kubur berukuran kira-kira 5 meter (m) panjang dan 0.5m lebar itu terletak 15m dan 20m antara satu sama lain.

“Saya telah melaporkan penemuan ini kepada pihak berkuasa kerana kami tiada hak untuk menggali tapak tersebut tanpa kebenaran,” katanya kepada The Star pada Sabtu.
Beliau berkata penemuan itu boleh membuktikan dakwaan penduduk awal di Melaka termasuk semasa zaman Kesultanan Melayu mempunyai struktur badan bersaiz gergasi.

Ahli sejarah yang berpengalaman 10 tahun dalam kajian arkeologi itu berkata, berdasarkan saiz tengkorak dan panjang tulang, baki rangka yang lain boleh berukuran antara 3m dan 5m panjang.

Mohd Fuad berkata panjang tinggalan rangka sepadan dengan saiz makam Sultan Ariffin dan tujuh pahlawan bersaudara di Pulau Besar.

“Tidak ada kerja-kerja penggalian di mana-mana kawasan kubur, malah kisah penduduk awal bersaiz gergasi masih kekal mitos.

“Namun, kajian terhadap penemuan terbaharu ini boleh membantu membuktikan atau menyangkal dakwaan bahawa manusia bersaiz gergasi berada di Melaka suatu ketika dulu,” katanya.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patxiotisme Malaysia (1KSEP), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata kubur tersebut lebih besar berbanding kubur pada zaman moden.

“Ini mungkin disebabkan saiz mereka yang dikebumikan atau ia dibina lebih besar berbanding biasa sebagai memberi penghormatan kepada mereka kerana menyebarkan ajaran Islam di dunia ini,” katanya.

Beliau berkata Pulau Upeh pernah menjadi pangkalan pendakwah agama dari Pulau Jawa yang pergi ke Pelabuhan Melaka untuk menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk dan pedagang pada abad ke-15 manakala kubur bersaiz besar di Pulau Besar kebanyakannya milik mereka yang berasal dari Yaman.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata beliau telah dimaklumkan mengenai penemuan terbaharu di Pulau Upeh.

“Ya, kami telah menugaskan sejarawan itu untuk menyediakan fakta mengenai tapak bersejarah yang belum diterokai dan penyelidikan sedang dijalankan berhubung penemuan terbaharu kubur bersaiz gergasi itu,” katanya.

Idris berkata beliau telah dimaklumkan bahawa penduduk kampung dari tanah besar telah meletakkan batu nisan di atas kubur tersebut beberapa tahun lalu. – mStar Online

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,976,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,436,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1207,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,354,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,548,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Rangka Manusia Gergasi Ditemui Di Melaka
Rangka Manusia Gergasi Ditemui Di Melaka
Melaka – Seorang ahli sejarah mendakwa telah menjumpai tinggalan rangka manusia yang dipercayai bersaiz gergasi di dalam sebuah gua di Pulau Upeh yang terletak di luar pantai di sini.
https://1.bp.blogspot.com/-3dAjYzWst4A/WFexhvcj9sI/AAAAAAAAWcg/cBWyIzxGTuY1DdcRt6PkaLoZBMfrIRDxgCLcB/s320/Kurung-anak-macam-anjing.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-3dAjYzWst4A/WFexhvcj9sI/AAAAAAAAWcg/cBWyIzxGTuY1DdcRt6PkaLoZBMfrIRDxgCLcB/s72-c/Kurung-anak-macam-anjing.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/12/rangka-manusia-gergasi-ditemui-di-melaka.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/12/rangka-manusia-gergasi-ditemui-di-melaka.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy