'Saya Tak Mahu Nafi Atau Sahkan. - Pablo

Minggu lalu, industri hiburan gempar dengan foto bogel dipercayai pelakon Pablo Amirul yang mula disebarkan individu tidak bertanggungjawab di laman blog Tumbler.

Isu itu turut dipaparkan dalam ruangan Cik Pang minggu lalu, Bogel Raih Publisiti? tetapi tidak menyebut nama pelakon dimaksudkan.

Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 31, akui terkejut apabila ramai bertanya perkara itu kepadanya tetapi atas nasihat rakan dalam industri, dia berjaya atasi rasa sedih, marah dan kecewa.

Pelakon filem Polis Evo itu berkata, ramai menasihatkannya untuk atasi sikap negatif dari semasa ke semasa.

“Kebetulan sehari selepas berita itu tersebar, saya ke China untuk menghadiri Festival Filem Asia Pasifik, jadi dapatlah tenangkan fikiran seketika.-Harian Metro
Gambar Bogel Yang Tersebar
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.