Siapakah Sebenarnya Barbarossa Yang Sangat Ditakuti Oleh Orang-Orang Eropah Selama Berabad-Abad.
Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah
menonton filem 'Pirates of The Carribean', tentu ingat watak jahat 'Barbarossa'
bukan? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksyen Eropah dan Amerika
biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan watak seorang penjahat
(biasanya seorang lanun laut jahat).
The Barbarosa Brothers
Pada abad ke-15 Masihi, di Laut Mediterranean ada dua pelaut
bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua-dua tokoh ini menjadi
legenda dalam dunia lautan dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti
orang-orang Eropah pada zamannya.
Kebiasaannya ialah merampas barang-barang berharga yang
dibawa oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut
Mediterranean. Awak kapal yang dirampas biasanya diberi dua pilihan; mati
kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.
Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh
orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama
itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?
Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata
dalam bahasa Latin-gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah). Jadi
Barbarrossa bererti janggut merah. Barbarossa merupakan julukan yang diberikan
oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki.
Kedua-dua adik-beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin belayar di
kawasan perairan Greece dan Turki.
Awal Gerakan Barbarosa
Pada suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik
keluarga mereka diserang secara kejam oleh kapal tentera Knight of Rhodes.
Dalam peristiwa ini, adik bongsu Aruj dan Khairuddin terbunuh. Aruj dan
Khairuddin sangat sedih dengan kematian adik bongsu mereka.
Sejak saat itu, mereka melakukan aksi lanun terhadap semua
kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Aksi-aksi mereka sangat
menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian. Aruj dan Khairuddin
pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates kerana
kedua-duanya berjanggut merah.
Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun
tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun. Bendera yang
dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera berwarna
hijau mengandungi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun qariib wa
basysyiril mu'miniin, wahai Muhammad, empat nama khulafaur rasyidin, pedang
Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal yang
dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari bangsa
Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.
Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai
oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri
daripada pasukan gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa penaklukan
Andalusia ini, berjuta-juta orang Islam dan Yahudi tewas dibantai pasukan yang
dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.
PERJUANGAN JIHAD Barbarosa
Peristiwa itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan
Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Berganding bahu bersama sekumpulan militan
bangsa Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari
Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia dan Algeria). Kemudian mereka
membina pangkalan pertahanan laut di Algeria untuk menghalang gelombang
serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.
Khalifah Islam ketika itu, Sulaiman I, mendengar
cerita-cerita kehebatan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada
heroisme mereka. Kerana prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I
mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Tentera Laut)
Khilafah Islamiyyah untuk memantapkan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah
yang amburadul.
HASUTAN PIHAK SEPANYOL
Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar
Tlemcen (Tilmisan) untuk melancarkan pemberontakan kepada kepemimpinan Aruj.
Aruj kemudian menyerahkan pemerintahan Algeria kepada Khairuddin untuk
sementara. Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke Tlemcen. Hati Aruj
sangat pilu kerana dia malah berperang dengan saudara sendiri sesama Muslim.
Akibatnya dia kurang menumpukan perhatian dan pasukannya kucar-kacir.
Aruj sempat melepaskan diri, namun banyak pasukannya yang
tertangkap. Kerana hubungan emosionalnya dengan anak buahnya, Aruj kembali ke
Tlemcen untuk bertempur dan dia gugur dalam pertempuran tersebut.
Dengan gugurnya Aruj, kepimpinan Tentera Laut Daulah
Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol mengira bahawa era
kejayaan Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir. Lalu, dengan yakin, Sepanyol
menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat pun berlaku, namun
Khairuddin berjaya menewaskan pasukan laut tersebut.
Sejarah dan Kehebatan Pasukan Janissary
Dengan meminimumkan ancaman dari negeri sekitar Algeria,
selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah
Sulaiman I agar kuasa Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya. Sulaiman I
pun setuju. Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey
(Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Algeria dan sekitarnya.
Kemudian Khairuddin juga ditugaskan untuk memimpin pasukan tentera elit Daulah
Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.
Dalam masa kepimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berjaya
melakukan banyak penyelamatan Umat Islam di Andalusia. Tercatat mereka
melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam
Sepanyol yang diburu seperti haiwan oleh Ferdinand II dan Pasukan salibnya.
Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang
dipimpin oleh Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat.
Pada masa yang sama, Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga
berjaya mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya. Keadaan ini
membuat Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi keruan.
Akhir Gemilang Barbarosa Sebelum Kematiannya
Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang
Preveza yang ketika itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea
Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal. Namun dengan
kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap
Pasukan Andrea Doria di tengah-tengah dan kemudian mengebom armada Andrea Doria
habis-habisan.
Andrea Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran.
Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana dia tidak mahu berperang di
laut lepas, mengingati kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan
yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.
Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Sepanyol-Genoa
kembali menyerang Algeria dengan kekuatan 200 kapal. Mereka sengaja melancarkan
serangan di luar musim pelayaran, untuk mengelakkan pertemuan dengan Pasukan
Barbarossa. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha berjuang sekuat tenaga
untuk mempertahankan Algeria. Charles V dan Andrea Doria yang memimpin serangan
tidak menjangka bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan Agha sangat matang,
sehingga armadanya pun kacau-bilau.
Ketika itu pula tiba-tiba badai laut dahsyat menghentam Laut
Mediterranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya
dengan kekalahan pahit.
Tahun 1565, di penghujung usia, Khairuddin Barbarossa
memimpin pasukan untuk merebut Malta dari tangan Knight of St. John. Namun
dalam pertempuran itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di
Istanbul. Berhampiran kuburnya dibina sebuah masjid dan madrasah untuk
mengenangnya. Hingga kini makam tersebut masih dijaga untuk menjadi bukti
kepahlawanan Khairuddin atau dikenali sebagai Barbarossa yang namanya masih
ditakuti bangsa Eropah hingga zaman sekarang.
Ulasan
Catat Ulasan