Video Dua Pemilik Rumah Mayat Bertumbuk Berebut Pesakit Yang Nak Mati
Beijing – Dua pemilik rumah mayat bertumbuk di sebuah
hospital kerana berebut hak untuk membakar mayat seorang pesakit yang ketika
itu masih belum mati.
Kejadian berlaku di Hospital Bandar Dalian di wilayah
Liaoning, timur laut China, semalam.
Kedua-duanya bertumbuk dan menendang satu sama lain sebelum
pekerja masing-masing menyertai pergaduhan itu ketika doktor berusaha merawat
pesakit yang tenat itu di pusat trauma hospital berkenaan.
Kedua-dua pemilik rumah mayat itu, Cong dan Cui tiba di
hospital jam 7 pagi selepas mengetahui keadaan pesakit terbabit.
Mereka cuba mempengaruhi anggota keluarga pesakit untuk
mendapatkan hak menjalankan khidmat membakar mayat.
Syarikat pengurusan mayat di China meraih keuntungan besar
dengan menjalankan kegiatan itu.
Menurut laporan, Cong dan Cui serta lima yang lain bertumbuk
serta menendang satu sama lain sehingga mereka dileraikan oleh polis.
Pihak berkuasa kemudian menahan semua lelaki tamak itu atas
tuduhan mencetuskan kekacauan di tempat awam. Mereka kemudian dipenjara selama
15 hari.
Ulasan
Catat Ulasan