Video Ngeri Jurulatih Sarkas Maut Dibaham Singa.
KAHERAH: Seorang jurulatih haiwan buas maut diterkam seekor
singa ketika mengadakan pertunjukan secara langsung di Mesir baru-baru ini.
Dalam kejadian tragis itu, mangsa dikenali sebagai Islam
Shaheen, 35, dirakamkan sedang mengarahkan seekor singa menggunakan sebatang
kayu ketika seekor singa lagi memanjat tangga semasa persembahan yang diadakan
di Iskandariah.
Namun secara tiba-tiba, singa ketiga terus menerkam Shaheen
dan menggigit bahagian lehernya sambil diperhatian oleh seorang lagi lelaki
yang dipercayai pembantu jurulatih tersebut.
Kejadian berkenaan turut disaksikan oleh berpuluh
kanak-kanak yang terkejut dan menjerit apabila melihat aksi ganas singa
terbabit.
Beberapa lagi jurulatih cuba membantu Shaheen dengan memukul
singa berkenaan menggunakan kayu untuk menghalau haiwan pemangsa itu.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital Andalusian Salam
tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Menurut adiknya, Shaheen memiliki pengalaman selama 10 tahun
bekerja sebagai jurulatih di sarkas.
Sementara itu, jurucakap sarkas, Mohammed Mustafa berkata,
serangan itu berlaku akibat kelakuan sensifit singa tersebut memandangkan ketika
ini merupakan musim mengawan.
Singa terbabit telah dihantar ke pusat pemeriksaan haiwan
untuk tindakan lanjut dan tidak akan menyertai sebarang pertunjukan.-mStar Online
Ulasan
Catat Ulasan