Wanita Kecewa Restoran Hidang Ayam Mentah Untuk Pelanggan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kecewa dengan tindakan pengusaha restoran De’Aanor yang mengambil sikap lepas tangan setelah menghidangkan juadah ayam mentah kepada pelanggan.

Menurut Bunnie DrWan Zaini, dalam kejadian Khamis lalu dia dan rakan-rakannya singgah di restoran tersebut yang terletak di Bandar Bertam Putra kerana ingin mencuba ‘Set Kombo’ yang mereka sediakan namun kecewa apabila hidangan yang disediakan tidak seperti yang diharapkan.

“Kami sampai sekitar jam 9 malam, sejurus selepas duduk di meja saya dan 8 orang rakan yang lain pesan 2 set kombo seperti yang tertera di menu.

“Tapi amat mengejutkan apabila masa nak makan, kami lihat ayam yang dihidangkan itu mentah kerana belum dimasak, malah air minuman yang kami pesan juga sangat tawar kerana tiada gula,” ujarnya memetik kenyataan di laman Facebook.

Bunnie turut kesal dengan sikap para pekerja restoran terbabit yang enggan memohon maaf serta mengakui kesilapan yang dilakukan itu.

“Paling mengecewakan setelah kami maklumkan mengenai perkara tersebut, mereka hanya buat tak tahu seperti tiada apa yang berlaku.

“Langsung tiada perkataan maaf yang keluar dari mulut mereka, malah kami turut dipaksa membayar harga penuh untuk set makanan tersebut,” ujarnya lagi.


SuaraTV bagaimanapun gagal menghubungi pemilik restoran terbabit bagi mendapatkan respon berhubung isu ini. – SuaraTV
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.