Wanita Muslim Diseret Dengan Hijab

LONDON - BRITAIN. Seorang wanita muslim diseret di kaki lima dengan hijabnya oleh dua orang lelaki dalam satu serangan Islamophobia minggu ini.

Polis Metropolitan berkata, dua remaja kulit putih melancarkan serangan tanpa provokasi di Chingford ketika wanita itu berjalan di luar pusat membeli belah popular.

Saksi berkata, penyerang cuba menarik hijab yang dipakai wanita itu dan menolaknya jatuh dan melarikan diri kira-kira jam 8.30 malam (waktu tempatan).

Seorang pelayan restoran Turki berdekatan berkata, wanita itu duduk di luar kedai berkenaan sebaik diserang.

"Pada mulanya, kami menyangka dia adalah pelanggan dan keluar untuk mengambil pesanan namun mangsa dilihat menagis dan mengeletar dan memberitahu dia diserang," katanya kepada The Independent.

"Mereka cuba menarik tudung dan mengheret mangsa sepanjang kaki lima," katanya.

Paramedik dari London Ambulance Service telah dipanggil untuk merawat mangsa dan  dibawa  ke hospital.

Polis meminta saksi tampil membatu siasatan insiden yang berlaku 14 Disember lalu di Old Church Road, Chingford

Tiada tangkapan dibuat dibuat setakat ini.


Suspek digambarkan sebagai dua lelaki kulit putih berumur 17 hingga 19 tahun dan memakai pakaian serba hitam.-Sinarharian
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.