Wanita Punggung Besar Lebih Sihat Dan bijak

Apabila kelas Yoga mingguan kami tidak disertai pelajar lelaki, pelajar wanita yang terdiri ,daripada pelbagai latar usia dan saiz badan berasa sedikit seronok dan selesa.

Inilah waktu kami bertanya pelbagai soalan berkaitan isu kesihatan kewanitaan termasuk asana (senaman) untuk kesihatan organ dalaman dan tubuh wanita.

Salah satu daripadanya ialah untuk menegangkan payudara dan punggung, malah ia adalah kebimbangan utama kebanyakan wanita berkahwin dan mempunyai anak.

Ya, kita semua mahu bentuk badan menarik, sekurang-kurangnya sihat dan cantik dipandang.

Justeru, guru yoga kami menawarkan pelbagai tips dan asana yang boleh membantu daripada aspek itu.

Selain itu, beliau turut mengajar wanita asana mengatasi masalah uretra lemah.

Masalah ini menyebabkan wanita kerap membuang air kecil. Ia juga lazimnya dikaitkan dengan faktor melahirkan anak atau uteras “turun” menekan pundi kencing.

Dalam kesibukan melatih dan menyempurnakan asana, seorang pelajar bercakap tentang obsesi membesarkan punggung yang semakin menjadi-jadi di Barat, khususnya Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan negara Afrika yang mana wanita di sana mempunyai punggung lebih besar.

“Cikgu, betul ke punggung besar seksi?” tanya seorang pelajar.

“Seksi ke tak saya tidak pasti tetapi sejauh mana ia sihat? Saya rasa punggung besar adalah atas faktor genetik dan kerana masalah obesiti. Mungkin ia semakin digilai kerana menjadi trend khususnya di Barat berdasarkan paparan muzik video mereka dan sebagainya,” kata guru kelas yoga.

“Biasanya saiz yang sihat ialah saiz ‘fit’ dan bukan ‘fat’ kecuali sains dan perubatan ada bukti kukuh mengenai kebaikan memiliki punggung besar,” katanya.

Kajian Universiti Oxford pada 2007 yang diterjemah pelbagai media kesihatan dan sains serta laman sosial memberi berita baik kepada wanita yang memiliki punggung besar sebagai lebih sihat dan bijak.

Benarkah?

Menurut kajian itu, lemak gluteofemoral yang terkandung dalam punggung memberikan lebih banyak kelebihan kesihatan berbanding lemak viseral. Kajian itu pula mengambil kira nisbah antara pinggang ke punggung dan bukan merujuk kepada punggung yang besar semata-mata.

Jadi apa silapnya di sini?

Silapnya, adalah apabila mentafsirkan wanita dengan punggung kecil kurang sihat atau bijak berbanding mereka yang miliki punggung besar, menurut seorang penulis di portal snopes.com.

Bagaimanapun, kebanyakan majalah dalam talian menulis sebaliknya. Mereka mengesahkan kajian itu menyebut punggung besar sebagai sihat dan bijak, termasuk memiliki anak yang bijak.

Manakala satu kajian di Universiti Bilkent menunjukkan 300 wanita dengan bentuk badan berbeza, majoriti dengan lengkungan paling ketara iaitu 45.5 darjah lebih subur.

“Nenek moyang kita dengan lengkungan lumbar ketara mampu menanggung kehamilan berganda dengan risiko kecederaan tulang belakang yang sangat rendah,” jelas ahli psikologi di Universiti Bilkent, Dr David Lewis kepada Daily Mail.

Jadi adakah lengkungan bahagian belakang mempunyai kaitan dengan saiz punggung?

Dr Lewis berkata, “mungkin” dan menyokong fakta wanita berpunggung besar lebih menarik bagi perhatian lelaki di samping subur.-Free Malaysia Today

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.