Along Cham Temui Pengganti?

KUALA LUMPUR: Foto yang dimuat naik Along Cham di laman sosial sejak akhir-akhir ini, seolah-olah memberi gambaran hati pelakon dan pelawak ini, sedang berbunga.

Bermula pada 23 Disember lalu, gambar menampakkan jari lelaki menyarung cincin dan jari wanita memegang pengetip kuku bagai menunjukkan Along yang berpisah dengan isterinya, Zila Saeron, Ogos lalu, sudah bertemu pengganti.

Bapa kepada Ahmad Danial berusia lima tahun ini bagaimanapun, enggan mengulas lanjut. "Kalau nak kahwin, takkanlah saya tak beritahu kawan termasuk penulis. Kalau ada majlis kahwin, pasti saya beritahu.

"Penulis blog nampaknya macam tak ada bahan hingga buat cerita macam itu... Jangan layan sangat," katanya kepada BH Online.

Along sudah menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu selepas bercerai.


Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad kini menjadi penyampai radio di stesen Best FM di Johor Bahru, sejak sebulan lalu.-Berita Harian Online
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.