Bapa Rela Dipenjara 40 Tahun Selepas Bunuh Pencabul Anak Perempuannya

Seorang bapa tidak sanggup melihat anaknya menderita akibat dicabul ketika kanak-kanak rela meringkuk dipenjara selama 40 tahun kerana membunuh pelaku terhadap anaknya itu.

ALABAMA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang bapa tidak sanggup melihat anaknya menderita akibat dicabul ketika kanak-kanak rela meringkuk dipenjara selama 40 tahun kerana membunuh pelaku terhadap anaknya itu.

Jay Maynor, 43, menembak mati pelaku yang mencabul anak perempuannya ketika dia kecil kerana tidak tahan melihat penderitaan yang masih ditanggung anaknya, Julia Maynor walaupun selepas berbelas tahun insiden berkenaan berlaku.

Julia baru berusia 4 tahun ketika Raymond Earl Brooks yang juga bapa angkat kepada ibunya mula mencabulnya.

Raymond yang juga datuk angkatnya itu mendera Julia beberapa kali sehingga usianya 8 tahun.

Raymond cuba membuatkan Julia percaya perbuatannya itu adalah normal dan memberitahu dia adalah istimewa, namun Julia tetap memberanikan diri bersuara dan memberitahu pihak polis mengenai apa yang dialaminya.

Akhirnya Raymod didakwa pada tahun 2002, dan mengaku bersalah menyalahguna Julia secara seksual.

Lelaki itu hanya dipenjara selama 2 tahun 3 bulan daripada lima tahun hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya dan dibebaskan dengan parol.

Dia membayar denda dan didaftarkan sebagai pesalah seks dan selepas bebas, Raymond tinggal di Alabama, tidak jauh dari rumah Julia di Cullman.

Walaupun selepas 13 tahun kejadian itu berlaku, Julia yang kini berusia 24 tahun dan juga ibu kepada tiga orang anak masih mengalami trauma akibat perbuatan lelaki itu.

Dia mempunyai PTSD dan menerima rawatan dan masih bergelut dengan emosi yang turut memberi kesan kepada perkahwinannya.

Sukar melihat penderitaan yang dialami wanita itu, bapanya, Jay sanggup bertindak sendiri untuk membalas dendam ke atas perbuatan yang dilakukan Raymond.

Jay menaiki motosikal bersama pistol di poketnya memecut ke rumah Raymond yang terletak di Berlin, Alabama.

Ketika dalam perjalanan, dia bertemu dengan bekas kekasih anaknya dan bertindak melepaskan tembakan ke arah lelaki itu namun gagal.

Dia kemudian meneruskan misinya untuk membunuh Raymond dengan melepaskan dua tembakan kepada Raymond yang berada di halaman rumahnya pada ketika itu.

Raymond meninggal dunia di tempat kejadian manakala Jay ditahan pada hari yang sama dan didakwa atas pembunuhan kelas pertama.

Insiden ini turut mengundang perdebatan selepas diketahui umum.

Walaupun Jay berpeluang untuk dikenakan hukuman yang rendah, namun kerana tidak mahu lagi anaknya itu mengalami tekanan apabila terpaksa menceritakan kembali kejadian yang pernah berlaku kepadanya di mahkamah ketika perbicaraan, Jay sanggup mengaku bersalah terhadap perbuatannya.

Pada bulan November 2016, di Cullman County Court, Jay dijatuhi hukuman 40 tahun penjara termasuk 20 tahun bagi cubaan membunuh Julia bekas teman lelaki yang dijalankan serentak.

“Bapa saya melindungi seperti apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa. Dia adalah ayah yang hebat dan terbaik. Saya sayangkannya,” katanya dipetik Mirror.uk

Petisyen bantahan turut dibuat dengan 2,000 tandatangan berjaya dikumpul.-Sinar

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,441,Artis Dalam Negara,80,Artis Luar Negara,41,Berita Menarik,1110,Berita Semasa,1501,Binatang,4,Curang,5,Dera,3,Gambar,17,Islam,110,Kantoi Luar Negara,36,Kejam,26,Kemalangan,13,Kes Bunuh,28,Kes Kantoi,483,Kes Rogol,387,Kesihatan,92,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1346,Makanan,2,Maksiat,6,Movie,4,Movie Trailer,4,Perang,4,Politik,222,Politik Dalam Negara,28,Politik Luar Negara,5,Puasa,5,Pukul,4,Rogol Dalam Negara,16,Rogol Luar Negara,29,Rumah Tangga,371,Sedih,7,Seram,5,Sukan,148,Sukan Dalam Negara,14,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,2,Video,631,Video Dalam Negara,44,Video Kantoi,30,Video Luar Negara,83,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Bapa Rela Dipenjara 40 Tahun Selepas Bunuh Pencabul Anak Perempuannya
Bapa Rela Dipenjara 40 Tahun Selepas Bunuh Pencabul Anak Perempuannya
Seorang bapa tidak sanggup melihat anaknya menderita akibat dicabul ketika kanak-kanak rela meringkuk dipenjara selama 40 tahun kerana membunuh pelaku terhadap anaknya itu.
https://1.bp.blogspot.com/-HR9KSvpSt8Q/WHMt-WO69sI/AAAAAAAAXXg/vFTsIRg2_z400Bq5qGc7mLRUu6U8RLThACLcB/s400/1.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-HR9KSvpSt8Q/WHMt-WO69sI/AAAAAAAAXXg/vFTsIRg2_z400Bq5qGc7mLRUu6U8RLThACLcB/s72-c/1.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2017/01/bapa-rela-dipenjara-40-tahun-selepas.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/01/bapa-rela-dipenjara-40-tahun-selepas.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy