Cerita sebenar lelaki dituduh rakam wanita dalam tandas Petronas Kuarters KLIA


Seorang lelaki cedera dibelasah lima lelaki kerana dituduh mengintai perempuan dalam tandas di Petronas Kuarters KLIA, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa, Abdul Hadi Othman, 33, terpaksa menggunakan tandas wanita di stesen minyak tersebut kerana tandas lelaki telah ditutup.

“Saya singgah di Petronas Kuarters KLIA Nilai untuk buang air. Namun tandas lelaki telah ditutup dan pada masa itu hanya tandas OKU dan tandas wanita saja yang dibuka. Saya masuk ke dalam tandas wanita.

“Tiba-tiba seorang perempuan yang tidak dikenali muncul dari pintu tandas sebelah dan menjerit serta menuduh saya mahu merakamnya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit.

Saya jelaskan kepada dia bahawa saya terpaksa menggunakan tandas perempuan kerana tandas OKU sedang digunakan,” katanya.

Abdul Hadi juga telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada perempuan berkenaan sebagai bukti dia tidak merakam apa-apa. Namun dia tetap dimarahi dan dimaki hamun sebelum didatangi lima lelaki yang terus memukulnya.

Akibat dari kejadian itu, mangsa cedera di bahagian mata sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Nilai malam tadi.

Tanpa sebarang bukti yang kukuh, wanita berkenaan telah memuat naik gambar mangsa dan menuduhnya melakukan perbuatan yang tidak senonoh.


Menurutnya, semasa berada dalam tandas, dia terpandang telefon bimbit yang didakwa mahu merakam atau mengambil gambarnya menyebabkan wanita itu terus keluar menegur lelaki itu.


Bagaimanapun, status Facebook itu telah dipadamkan dan wanita berkenaan telah memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.