'Harga' Sentuhan Payu Dara Nikita RM266,000
Selebriti yang pernah dikaitkan dengan sindiket pelacuran,
Nikita Mirzani, merelakan payu daranya disentuh oleh dua lelaki.
Aksi menyentuh payu dara itu dirakam dalam sebuah klip video
sebelum ditularkan di media sosial.
Ekoran kejadian tidak bermoral itu menggemparkan pengguna
dunia maya, pelakon Perempuan Perempuan Liar itu tampil membuat penjelasan.
“Video itu sudah setahun lamanya. Video itu dilakukan atas
dasar kontrak iaitu dibayar Rp800 juta (RM266,477 ribu),” katanya seperti
dilapor media tempatan.
Bagaimanapun, janda anak dua itu tetap mempunyai alasan
untuk 'menghalalkan' aksi berkenaan.
Katanya, dua lelaki yang menyentuh payu dara itu bukanlah
"lelaki sejati" sebaliknya dua orang yang gemar berpakaian perempuan.
Atas alasan itulah, Nikita berkata dia memberi kebenaran
kepada "dua lelaki" terbabit untuk memegang payu dara miliknya.
“Itukan mak nyah, bukan lelaki asli,” katanya.
Walaupun saat ini video klip terbabit sudah menjadi tular di
media sosial, Nikita menjelaskan emosinya tidak tergugat dengan perkara itu.
Memang imej begitu
Bahkan, katanya, anak pertamanya Laura Meizani Nasseru Asry
- atau Loly - sudah pun menonton video berkenaan selain tidak memberikan respon
yang negatif.
“Anak saya sudah melihat dan baginya ia biasa saja. Itu
bergantung kepada fikiran masing-masing, anak saya orang yang ada pendidikan,”
katanya.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram itu, Nikita
diajukan beberapa soalan oleh dua orang lelaki.
Sampai pada satu ketika, seorang daripada lelaki terbabit
bertanyakan tentang keaslian payu dara Nikita.
Akibat 'tersinggung', Nikita mempersilakan dua lelaki tadi
melakukan ujian ke atas payu daranya bagi memastikan ia adalah asli.
Nikita sebelum ini pernah ditangkap dan didakwa melacurkan
diri dalam serbuan polis di sebuah hotel mewah di Jakarta pada 10 Disember
2015. Turut ditangkap bersamanya adalah seorang model Puty Regita dan dua bapa
ayam.
Nikita bagaimanapun menafikan menjual badan sebaliknya
mengaku dirinya adalah mangsa pemerdagangan manusia.
Selain video, Nikita turut menggemparkan umum dengan imej
separuh bogel yang menggiurkan dan beredar di Internet.
Pada imej berkenaan, Nikita dilihat memaparkan separuh
bahagian badannya dan kedua buah dada ditutup dengan tangan.
Nikita dan imej seksi sukar dipisahkan malah dia berkata
tanggapan masyarakat ke atas keseksian dimilikinya memang dinilai secara
berlebihan.
“Umum memang biasa suka menjatuhkan walhal sudah sememangnya
imej yang ada pada saya begitu,” katanya.-Malaysia Kini
Ulasan
Catat Ulasan