Iklan Ubat Kuat Seks Guna Foto Siti, Datuk K

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks kerana telah mengaibkan dirinya dan suami.

Mengakui terkejut dengan dakwaan sebuah iklan di laman Instagram yang mengiklankan dirinya dan suami menggunakan produk berkenaan, Siti akui jadi mangsa fitnah produk tersebut, petik Kosmo.

Terdahulu, promosi tersebut muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.

Siti Nurhaliza, 38, menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar mereka berdua tanpa kebenaran demi melariskan produk adalah satu kesalahan besar.
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.