Jari Keenam Hrithik Roshan Jadi Perhatian

Pelakon terkenal Bollywood, Hrithik Roshan dipilih sebagai penghias muka depan majalah popular, Vogue India untuk edisi ulangtahun ke-10 majalah itu

Namun apa yang menarik perhatian bukanlah bentuk badan tegap dan mempunyai otot kekar tetapi bentuk jari uniknya yang menjadi perbualan hangat netizen.

Menerusi satu foto yang dimuatnaik oleh Instagram (IG) Instant Bollywood jelas menunjukkan ibu jari keenam keenam Hrithik Roshan.

Mungkin sebelum ini ramai yang tidak perasan dengan kewujudan ibu jari keenam aktor tersebut kerana sebelum ini Hrithik juga jarang menunjukkan jarinya walaupun ketika berlakon.

Berikutan daripada itu, ruangan komen foto tersebut di IG Instant Bollywood yang mempunyai seramai 2.2 juta pengikut itu telah dibanjiri dengan pelbagai bentuk komen.

Rata-rata pengikut IG tersebut meluahkan rasa hairan dengan kewujudan jari tersebut dan melabelkannya sebagai sesuatu kurniaan yang istimewa buat Hrithik.

Bagaimanapun ada juga yang menyatakan rasa sangsi terhadap jari pelakon kacak itu dan mendakwa telah diubah dengan menggunakan Photoshop.

Setakat ini, foto tersebut telah menerima lebih 39,000 likes dan hampir 200 komen.-Astro Gempak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.