Kerana Terlalu Cantik Gadis Ini Dikurung Oleh Ibu Bapanya Sselama 26 Tahun.
Rusia – Dek kerana kecantikan luar biasa yang dimiliki anak
gadisnya, sepasang ibu bapa di Rusia bersikap protective hingga sanggup
‘mengurungnya’ selama 26 tahun daripada menikmati dunia luar.
Ini kerana mereka mendakwa konon berasa gusar perkara buruk
akan menimpa anak perempuannya yang berusia 26 tahun itu, menurut laporan
sebuah laman media antarabangsa.
Mangsa dikenali sebagai Angelica Kenova, tidak pernah keluar
dari rumahnya melainkan ditemani beberapa pengawal peribadi dan pengiring
sekiranya keluar bertemu janji (dating).
Ibu bapa Kenova sangat melindunginya kerana kecantikan yang
dimiliki gadis itu dan jika diamati betul-betul, gadis itu saling tidak tumpah
seperti watak kartun atau patung kegemaran kanak-kanak perempuan iaitu Barbie.
Kenova memberitahu rupa paras dan sosok tubuh yang
dimilikinya itu asli dan bukannya hasil daripada mana-mana pembedahan plastik.
“Pembedahan plastik hanya perlu jika seseorang itu mengalami
kecacatan yang serius pada wajah dan badan mereka sahaja,” ujarnya.
Tambah Kenova lagi, kedua-dua orang tuanya membesarkannya
tidak ubah seperti seorang puteri dan mengawal setiap pergerakannya sehinggakan
dia tidak merasai nikmat yang dirasai gadis seusianya.
Hal itu menjadikan Kenova berasa sedih dan hidupnya ibarat
sebuah patung perhiasan di dalam cermin pameran.
Walau bagaimanapun, ketika usia menginjak 26 tahun, Kenova
berharap dia dapat keluar dari rumahnya dan hidup berdikari tanpa dikelilingi
pengawal atau pengiring.
“Ibu bapa saya telah mengurung saya di sebuah ‘istana kaca’
sepanjang hidup saya tetapi satu hari mudah-mudahan, saya akan dapat
membebaskan diri dan hidup berdikari,” luahnya. – Mynewshub
Ulasan
Catat Ulasan