Kes Kanak-Kanak Hilang: Ibu Kandung Dilapor Sebagai Penculik

Petaling Jaya – Kehilangan seorang kanak-kanak menjadi dramatik selepas ibunya didakwa sebagai penculik dalam kes tersebut.

Kehilangan kanak-kanak berusia sembilan tahun mendapat perhatian apabila menjadi viral di laman media sosial.

Menurut  Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, ibu tiri kepada kanak-kanak tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Way pada Isnin.

“Dia memberitahu, kanak-kanak itu diambil oleh seorang wanita yang tidak dikenali berhampiran rumah neneknya pada pukul 3 petang,” jelas Mohd Zani, Selasa.

Bagaimanapun siasatan menunjukkan bahawa wanita tersebut merupakan ibu kandung kanak-kanak itu dan telah membawa ke rumahnya di Kuala Kubu Baru.

“Ibu kandung kanak-kanak itu juga telah membuat laporan di Kuala Kubu Baru pada malam kejadian,” tambah Mohd Zani.


Beliau berkata polis akan merekodkan kenyataan daripada kedua-dua pihak bagi siasatan. – mStar
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.