Lelaki Disyaki Fitnah Adenan Satem Ditahan

Kuching: Polis menahan lelaki yang disyaki mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek berusia 57 tahun ditahan pada 12.05 tengah malam tadi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuching di kediamannya di RPR Landeh Kuching.

"Telefon bimbit suspek dirampas bagi tujuan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dev berkata, setakat pagi ini, 13 laporan polis telah dibuat di lapan daerah polis terhadap empat pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat catatan berbentuk fitnah dan siasatan masih berjalan.

"Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak menahan sesiapa yang membuat catatan fitnah atau komen berbentuk hasutan terhadap Allahyarham Ketua Menteri atau sesiapapun," katanya.-Harian Metro
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.