Pencuri Sanggup Pura-Pura Mati

Seorang lelaki sanggup berpura-pura mati bagi melepaskan diri selepas ditangkap ketika cuba mencuri biri-biri di Kampung Hujung Padang Embun di sini, malam semalam.

PASIR MAS - Seorang lelaki sanggup berpura-pura mati bagi melepaskan diri selepas ditangkap ketika cuba mencuri biri-biri di Kampung Hujung Padang Embun di sini, malam semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, suspek berusia 30-an ditangkap ketika sedang bersembunyi di sebalik rimbunan pohon salak bersama motosikal miliknya yang terletak tidak jauh dari kandang biri-biri.

Pemilik haiwan berkenaan, Ibrahim Salleh, 60, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumah sambil menonton berita sebelum diberitahu anaknya Faiz, 23, yang ternampak kelibat suspek.

"Sebaik sahaja melihat kelibat suspek yang bersembunyi di balik rimbunan pokok salak, saya dan Faiz terus bergegas keluar untuk menangkap lelaki berkenaan.

"Kami turut meminta bantuan jiran untuk menangkap suspek tersebut," katanya.

Katanya, ketika ditangkap suspek berpura-pura tidak sedarkan diri seolah-olah ‘mati’.

Menurutnya, bagaimanapun taktik itu tidak berjaya dan penduduk kemudian menyoal suspek yang mengaku mahu mencuri haiwan berkenaan.

"Faiz mengakui sering ternampak suspek yang berlegar-legar di kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu," katanya.

Terdahulu, kejadian itu menjadi tular di aplikasi WhatsApp dan mendakwa suspek meninggal dunia akibat ditanduk biri-biri berkenaan apabila gambarnya tidak sedarkan diri tersebar.

Penyebaran berita tersebut sekali gus menggemparkan penduduk kampung.

Difahamkan ketika ditangkap, suspek tersebut berada di bawah pengaruh dadah.

Ibrahim berkata, penyebaran berita tersebut tidak benar sama sekali, sebaliknya suspek hanya berpura-pura mati.

"Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, penduduk, Mohd Anuar Musa, 65, lega dengan penangkapan lelaki berkenaan.

Katanya, sepanjang minggu lalu sudah tiga kes kecurian berlaku di kawasan berkenaan menyebabkan penduduk sentiasa berjaga-jaga.
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,467,Artis Dalam Negara,107,Artis Luar Negara,53,Berita Menarik,1303,Berita Semasa,1688,Binatang,15,Cabul,11,Curang,20,Dera,19,Gaduh,16,Gambar,33,Islam,130,Kantoi Luar Negara,53,Kecuaian,4,Kejam,83,Kemalangan,26,Kes Bunuh,71,Kes Kantoi,534,Kes Rogol,409,Kesihatan,99,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1425,Makanan,10,Maksiat,20,Marah,9,Movie,6,Movie Trailer,4,Penipuan,4,Perang,6,Politik,245,Politik Dalam Negara,50,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,45,Rogol Dalam Negara,32,Rogol Luar Negara,35,Rompak,5,Rumah Tangga,387,Samseng,8,Samun,6,Sedih,24,Selebriti,11,Seram,8,Sesat,2,Sukan,156,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,18,Sumbang Mahram,6,Video,710,Video Dalam Negara,92,Video Kantoi,47,Video Luar Negara,125,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Pencuri Sanggup Pura-Pura Mati
Pencuri Sanggup Pura-Pura Mati
Seorang lelaki sanggup berpura-pura mati bagi melepaskan diri selepas ditangkap ketika cuba mencuri biri-biri di Kampung Hujung Padang Embun di sini, malam semalam.
https://3.bp.blogspot.com/-6H3Vz0zDKZg/WHMDRJzWzBI/AAAAAAAAXWI/54vvwpb-mjEUj6SycksBTd9Vs5lA-gsggCLcB/s320/15941985_1206040819473052_1961184518_n.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-6H3Vz0zDKZg/WHMDRJzWzBI/AAAAAAAAXWI/54vvwpb-mjEUj6SycksBTd9Vs5lA-gsggCLcB/s72-c/15941985_1206040819473052_1961184518_n.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2017/01/pencuri-sanggup-pura-pura-mati.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/01/pencuri-sanggup-pura-pura-mati.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy