Perut Lumpuh, Tak Boleh Makan Minum Seumur Hidup

London: Seorang remaja mungkin tidak boleh lagi menikmati makanan dan minuman untuk seumur hidupnya selepas disahkan menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan perutnya lumpuh.

Lily Tock, 16, tidak makan selama setahun sebelum doktor mengesahkan dia menghidap gastroparesis, satu keadaan yang menyebabkan perutnya tidak mampu menghadam dan menyerap zat makanan.

Keadaan itu menyebabkan Lily yang berasal dari Brough, East Yorkshire dekat sini terpaksa bergantung kepada tiub untuk menyalurkan lemak, minyak dan vitamin kepada tubuhnya.

Lily berkata, dia sering mengalami pening, muntah dan sakit perut yang teruk ketika berusia 14 tahun.

Doktor mengambil masa selama dua tahun sebelum dapat mengenal pasti keadaan yang jarang dijumpai itu.

“Sekiranya menjamah makanan saya akan berasa loya, muntah, sakit perut dan terbaring di katil selama beberapa hari.

“Makanan yang saya makan juga boleh tersumbat di usus dan keadaan itu boleh membawa maut,” katanya.

Menurutnya, dia kini menjalani beberapa rawatan dengan harapan dia boleh menikmati semula makanan dan minuman kegemarannya.-Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.