Remaja Disangka Sakit Perut, Rupa-rupanya Ada Isi
Hari ini dapat kes seorang remaja perempuan. Tengok muka,
nampak muda. Datangnya kerana mengalami sakit perut yang sangat teruk. Dirujuk
ke zon merah untuk scan. Sekali bila diimbas, “Oh mak kau hijau! Ada makhluk di
dalamnya!”
Bila ditanya tahu tak diri itu mengandung. Dah tahu jawapannya,
saja tanya nak sakitkan hati sendiri. Sudah tentulah dia jawab tak tahu. Kau
ingat senang ke nak detect ada baby dalam perut? Setakat gerak-gerak itu, lemak
pun ketar-ketar juga waktu sejuk, mana nak perasan.
Bila periksa ‘jalan’. dah 10 cm! Tolak laju-laju naik ke
labour room.
Tak tahulah kes ini kes suka sama suka atau kes paksa tak
rela. Tetapi teringat kisah dapat referral dari labour room kes seperti ini
juga. Tetapi suka sama suka punya produk.
Baby kena masuk NICU kerana ada masalah paru-paru. Dalam
perjalanan nak iring baby naik ke atas, keluar labour room sambil tolak baby,
cari waris. Datanglah dua orang tua berjalan ke arah saya. Mereka ibu bapa
kepada budak perempuan yang baru bersalin ini.
Aku terangkan keadaan baby dan ibunya. Kedua-dua mereka yang
berusia 60’an ini senyap saja, tak cakap apa-apa dan blank stare je. Seminit
dua juga aku tenung mereka berdua kalau ada apa-apa soalan. Tetapi mereka
tunduk dan tak cakap apa-apa.
Tiba-tiba kita baru nak mula langkah pergi ke lif, terdengar
suara lelaki dari belakang.
“Hati saya ini, hancur doktor..”
Bila saya toleh ke belakang, berair mata si ayah.
“Saya baru tahu, saya tak tahu apa-apa. Kawan dia telefon
suruh saya datang ke hospital tanpa memberitahu sebarang sebab. Suruh datang
kerana anak kami ditahan di wad,” cerita ayahnya dengan suara tersekat-sekat.
“Hati saya hancur doktor, hancur,” pegang dada sambil air
mata tiba-tiba deras mengalir.
Si ayah perlahan-lahan menghantuk kepalanya ke dinding
beberapa kali sambil menangis teresak-esak, menekup muka ke dinding. Isterinya
nampak macam masih/sedang mental breakdown. Digosok-gosoknya belakang badan
suami beberapa kali tanpa mengucap sebarang kata-kata.
“Sabarlah encik, ada hikmah setiap apa yang berlaku.
Banyakkan bertenang, doakan semua yang terbaik ya,” kata JM dengan penuh
profesional sementara aku dah tak boleh buka mulut.
Nafas pun tahan di dalam. Kalau silap buka mulut atau tak
kawal nafas, habislah empangan air yang bertakung di celah-celah mata ini.
Diam-diam aku jeling bos aku yang tiba-tiba restless menekan butang-butang lif
yang sedia ada menyala dari tadi. Dia ingat, kalau tekan butang itu banyak
kali, lif itu akan sampai dengan lebih pantas ke?
Sipi-sipi nampak dari tepi, empangan air mata bos pun sikit
lagi nak pecah. Merah matanya menahan. Kami tinggalkan pasangan tadi setelah
lif tiba. Semua senyap sahaja dalam lif. Kalau bercakap, silap-silap suara tak
keluar, yang keluar adalah air mata.
Tak tahan tengok raut wajah si ayah dan ibu. Orang lelaki
susah nak menangis teresak-esak begitu di depan orang. Tetapi kalau begitu
sekali menangis, tak kira orang lain tengok, bayangkan betapa sedih dan
hancurnya hati si ayah.
Hmm, anak muda di luar sana, berncinta jangan sampai lupa
tuhan! Bercinta jangan sampai lupa ibu bapa! Sayang sangat pada pasangan sampai
maruah diri dan keluarga dibuang merata. The situation as above is
unfortunately not uncommon in our so called peaceful Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan