Suami Dari Neraka: Suami Sumbat Kayu Pencanai Ke Dalam Dubur Isteri.

UTTARAKHAND - INDIA. Seorang wanita nyaris maut selepas suaminya yang mabuk menyumbat penggelek dok berukuran 40cm di duburnya dan menyebabkan kecederaan dalaman yang serius hanya kerana dia tidak subur, lapor Mirror.uk.

Wanita berusia 38 tahun itu dimasukkan ke hospital di India selepas mengadu sakit perut dan bengkak.

Sepasukan lima doktor dari Government Medical College Hospital yang mengendalikan pembedahan terhadap wanita itu terkejut selepas mendapati, penggelek doh berada di dalam ususnya.

Wanita itu mendakwa suaminya sering menderanya kerana dia tidak subur dan polis sedang memburu suami mangsa yang melarikan diri selepas polis menjalankan siasatan.

Pakar bedah am di hospital itu, Dr Kedar Singh Shahi berkata, penemuan itu sangat mengejutkan dan tidak menyangka ia sebenarnya adalah penggelek doh.

"Kami hanya dapat melihat bayang di imbasan Xray sebagai benda berkayu namun tidak dapat mengenal pasti apa sebenarnya benda tersebut.

"Kerosakan dalaman yang dialami wanita itu amat serius dan ia boleh menyebabkan kematian.

"Saiz penggelek doh adalah sekitar 40cm panjang yang merupakan saiz yang besar untuk dimasukkan ke dalam badan manusia," katanya.

Wanita itu pada mulanya enggan menjelaskan bagaimana alatan itu ditemui di dalam ususnya.

Mengesyaki alatan itu dimasukkan secara paksa ke dalam badannya itu, pihak hospital memaklumkan kepada polis dan Suruhanjaya Kebangsaan untuk Wanita (NCW).

Naib Pengerusi NCW, Amita Lokhani berkata, pihaknya menerima laporan sehari selepas wanita itu menjalani pembedahan dan ketika membuat lawatan, wanita itu kelihatan sangat menderita kerana bukan sahaja dalam kesakitan malah takut untuk bercakap dengan sesiapa.

"Saya cuba memintanya untuk menceritakan apa yang berlaku namun dia tidak berkata apa-apa dan terus menangis. Suaminya berada bersamanya ketika itu.

"Saya terus melawat mangsa selama tiga hari dan akhirnya pada hari ketiga ketika suaminya tidak bersamanya, dia menceritakan perkara sebenar," katanya.

Menurut wanita itu, suaminya sering menderanya kerana dia tidak subur dan pada 22 Disember ketika lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, dia sekali lagi diseksa.

Suaminya memasukkan penggelek doh ke dalam badannya melalui dubur dan mengugut mahu membunuhnya jika memberitahu sesiapa mengenai perkara tersebut.

Wanita itu turut dikurung selama dua hari sehinggalah keadaannya bertambah teruk dan terpaksa di bawa ke hospital pada 25 Disember lalu.

Sementara itu, Penguasa Kanan polis Nainital, Janmejaya Khanduri berkata, pasangan suami isteri itu berasal dari Nepal.

"Wanita itu teragak-agak untuk bercakap kepada polis pada mulanya tetapi selepas kaunseling oleh NCW dia menceritakan masalahnya.

"Suaminya kini melarikan diri dan kita telah menggerakkan satu pasukan pegawai untuk menangkap suspek" katanya.


Wanita itu dirawat secara percuma di hospital dan akan dibenarkan keluar minggu depan.-Sinar Harian
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.