Suami Isteri Takut, Resah Dikejar Ah Long Walaupun Tak Buat Pinjaman

Sepasang suami isteri diselubungi ketakutan apabila menerima notis ugutan dipercayai dilakukan ‘Ah long’

Seremban – Sepasang suami isteri diselubungi ketakutan apabila menerima notis ugutan dipercayai dilakukan ‘Ah long’ yang tersalah sasaran dan tambah meresahkan apabila kediaman mereka turut disimbah cat sebulan selepas menerima notis ugutan.

Mohd Ariffin Ayob, 46, berkata beliau dan isteri berasa bingung kerana dikejar Ah Long dan diserang seperti itu sedangkan dia dan isteri serta dua anaknya masing-masing berusia 22 dan 21 tahun tidak pernah meminjam dengan Ah Long.

“Kejadian pertama iaitu pada 2 Dis lepas, satu notis ugutan ditampal di bahagian hadapan kereta yang diparkir di garaj rumah. Kejadian itu hanya disedari isteri saya kira-kira 4 petang ketika hendak menyidai kain. Antara kandungan notis itu tertera nama peminjam dan nombor telefon peminjam yang sememangnya tidak kami kenali.

“Susulan kejadian itu, boleh dikatakan setiap minggu akan ada kereta berhenti, kereta dipandu perlahan dan berlegar-legar di hadapan rumah saya sehinggalah pada 29 Dis lepas, rumah saya disimbah cat berwarna merah.

Kejadian ini, hanya disedari isteri saya kerana terdengar bunyi seperti ada barang dibaling di luar rumah, dan ketika isteri meluru ke luar rumah, dia lihat ada benda terbang dan bahagian hadapan rumah termasuk kereta dipenuhi cat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Ariffin yang bekerja sebagai pembantu peribadi berkata, ketika insiden simbahan cat itu, hanya isterinya sahaja bersama beberapa anak orang yang dijaga berada di rumah sebelum isterinya menghubunginya dan beliau terus bergegas pulang ke rumah.

“Kejadian simbah cat ini memang buatkan kami sekeluarga ketakutan dan keresahan. Setiap malam terdengar sahaja bunyi, saya akan periksa luar rumah, isteri saya pula macam ternampak-nampak lagi benda terbang setiap kali berada di luar rumah.

“Anak saya juga terganggu emosi, apatah lagi ketika kejadian itu, dia ada peperiksaan akhir di Univerisiti… tambah mengaibkan kami sekeluarga insiden ini berlaku beberapa minggu selepas saya adakan majlis kahwin anak bongsu saya sehingga menjadi buah mulut orang kami meminjam Ah Long untuk buat majlis kahwin anak,” katanya.

Ariffin berkata akibat buntu dengan kejadian itu, beliau bersama jiran tetangga mengadakan solat hajat sebagai ikhtiar diberikan petunjuk.

“Selepas kami terima notis ugutan itu, saya ada hubungi peminjam berdasarkan nombor telefon yang tertera pada notis itu, saya mesej dan Whatsapp namun tiada respons saya terima, saya beranggapan peminjam sebenar ini hendak lepas tangan dan biarkan kami terus dikejar ‘Ah Long’. Jadi berdasarkan gambar profil WhatsApp yang ada pada nombor berkenaan, saya sebarkan pada jiran kalau mereka kenal.

“Selain itu, saya adakan juga solat hajat dan akhirnya selang beberapa hari kemudian, saya dimaklumkan kakak ipar, peminjam sebenar telah dikenal pasti oleh seorang jiran di kawasan taman perumahan saya. Jadi saya kemukakan identiti peminjam ini kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban semalam, akhirnya dia dan peminjam bertemu di hadapan polis dan berbincang tentang apa yang berlaku dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang sedang dilalui.

“Peminjam memang tidak mahu mengaku bahawa dia ada buat pinjaman dengan Ah Long, tetapi selepas telefon bimbitnya diperiksa, akhirnya terbongkar memang dia ada buat pinjaman dengan Ah Long berdasarkan mesej ugutan yang diterimanya dan jumlah pinjaman yang dibuat. Daripada situ baru saya tahu, notis ugutan diterima peminjam melalui telefon bimbit tetapi serangan daripada Ah Long kami sekeluarga yang kena.

“Dan apabila semak, rupanya nombor rumah peminjam sama dengan nombor rumah saya tetapi peminjam duduk di taman perumahan lain,” katanya.

Ariffin berkata, melalui perbincangan semalam, dia dan isteri hanya berharap keluarganya tidak lagi diganggu Ah Long kerana beliau sekeluarga tidak pernah dengan meminjam Ah Long dan tidak mahu terus dihantui dengan perkara yang tidak pernah dilakukan dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada polis.

“Kejadian ini telah menelan belanja hampir RM6,000 untuk saya bersihkan cat di bahagian hadapan rumah, kereta, kasut dan baju-baju yang disidai semua habis dibuang kerana sudah terkena cat. Saya juga terpaksa memasang kamera litar tertutup untuk keselamatan kami sekeluarga. Tetapi saya hanya harap kejadian ini akan berakhir,” katanya. – Bernama
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,467,Artis Dalam Negara,107,Artis Luar Negara,53,Berita Menarik,1303,Berita Semasa,1688,Binatang,15,Cabul,11,Curang,20,Dera,19,Gaduh,16,Gambar,33,Islam,130,Kantoi Luar Negara,53,Kecuaian,4,Kejam,83,Kemalangan,26,Kes Bunuh,71,Kes Kantoi,534,Kes Rogol,409,Kesihatan,99,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1425,Makanan,10,Maksiat,20,Marah,9,Movie,6,Movie Trailer,4,Penipuan,4,Perang,6,Politik,245,Politik Dalam Negara,50,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,45,Rogol Dalam Negara,32,Rogol Luar Negara,35,Rompak,5,Rumah Tangga,387,Samseng,8,Samun,6,Sedih,24,Selebriti,11,Seram,8,Sesat,2,Sukan,156,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,18,Sumbang Mahram,6,Video,710,Video Dalam Negara,92,Video Kantoi,47,Video Luar Negara,125,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Suami Isteri Takut, Resah Dikejar Ah Long Walaupun Tak Buat Pinjaman
Suami Isteri Takut, Resah Dikejar Ah Long Walaupun Tak Buat Pinjaman
Sepasang suami isteri diselubungi ketakutan apabila menerima notis ugutan dipercayai dilakukan ‘Ah long’
https://1.bp.blogspot.com/-0ZMJ1Nj-zN0/WHH936wt8QI/AAAAAAAAXTQ/a44Ifd-7KFAHrM-vHx1w-rimjA38xLPCgCLcB/s320/1.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-0ZMJ1Nj-zN0/WHH936wt8QI/AAAAAAAAXTQ/a44Ifd-7KFAHrM-vHx1w-rimjA38xLPCgCLcB/s72-c/1.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2017/01/suami-isteri-takut-resah-dikejar-ah.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/01/suami-isteri-takut-resah-dikejar-ah.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy