Video Dan Gambar Datuk Pukul Pengawal Keselamatan.

GEORGETOWN - Seorang ahli perniagaan memukul seorang pengawal keselamatan selepas berang dengan tindakannya merakam perbuatannya membuka pengunci tayar kereta di sebuah kondominium di Gelugor di sini, semalam.

Lelaki berkenaan yang merupakan Delima Palace Kondominium itu menggunakan pemotong besi untuk membuka pengunci tayar yang dipasang pengurusan kondominium itu sebelum memukul mangsa menggunakan alat yang sama.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam

kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia 43 tahun yang bekerja di kondominium berkenaan cedera di bahagian tangan kiri dan dahi kiri serta bengkak di dahi kiri dan bahagian kanan pinggang.

"Mangsa mendakwa dipukul lelaki itu setelah dia merakam gambar suspek memotong alat pengunci tayar kepunyaan pengurusan kondonmonium di mana tayar keretanya telah dikunci.

"Menurut pengawal keselamatan itu, kejadian berkenaan berlaku di hadapan lobi kondominium tersebut di mana tayar kereta suspek dikunci selepas meletakkan kenderaannya di petak khas untuk menunggu dan telah melebihi masa yang ditetapkan," katanya di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, sebelum kejadian itu, suspek terlebih dahulu telah bertengkar dengan pengawal keselamatan berkenaan kerana marah selepas tayar keretanya dikunci.

"Selain menggunakan alat pemotong besi itu, suspek turut bertindak menumbuk dan menendang pengawal keselamatan berkenaan sehingga dia mengalami kecederaan di badan serta muka," katanya.

Beliau berkata, pengawal keselamatan itu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Katanya pihaknya turut menerima satu laporan polis daripada ahli perniagaan berkenaan berhubung insiden itu dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan daripada saksi serta rakaman kamera litar tertutup di kawasan kondominium itu.

Video mengenai kejadian itu turut menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp serta menerima kecaman warga internet. - Bernama




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.