Video: Rakaman ‘Motor Selam’ Redah Banjir, Viral Di Facebook.

KUALA LUMPUR – Banjir yang melanda Pantai Timur sejak seminggu lalu dilaporkan semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa berbanding petang semalam.

Bagaimanapun rakaman aksi pasangan menaiki motorsikal yang telah diubahsuai sambil meredah air berjaya menarik tumpuan para pengguna media sosial.

Melalui video berdurasi 1:23 minit yang dimuatnaik di laman Facebook, pasangan tersebut dilihat begitu santai dengan wajah yang tersenyum sambil merakamkan aksi mereka menunggang ‘motor selam’.

Paling menarik mereka turut mengunakan lagu ‘Jomblo Happy’ sebagai lagu latar untuk rakaman tersebut.

Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan bila dan dimana aksi tersebut dirakamkan.

Sehingga kini jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu meningkat kepada 20,750 orang sehingga 9 pagi ini berbanding 14,175 orang, 12 tengah malam tadi.

Terengganu mencatatkan 11,860 mangsa banjir pada 9 pagi berbanding 6,642 orang pada 12 tengah malam tadi.

Jumlah pusat pemindahan yang dibuka turut bertambah kepada 140 buah berbanding 93, malam tadi.

Menurut laman web etindakan.terengganu.gov.my, daerah Besut mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 4,338 orang daripada 1,178 keluarga di 51 pusat pemindahan.

Hulu Terengganu pula mencatatkan seramai 3,660 daripada 1,122 keluarga dipindahkan ke 35 pusat pemindahan.

Selain itu, sebanyak 27 pusat pemindahan di Setiu yang menempatkan 2,706 mangsa daripada 863 keluarga.

Sementara itu, di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada 8,890 orang berbanding 7,533 orang, 12 tengah malam tadi.

Portal eBanjir Kelantan merekodkan semua mangsa banjir di sembilan daerah ini ditempatkan di 81 PPS.

Daerah Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,545 mangsa membabitkan 281 keluarga yang ditempatkan di 27 PPS diikuti Kuala Krai seramai 1,491 ditempatkan di 11 PPS.

Lain-lain daerah adalah Machang mencatatkan seramai 1,100 mangsa, Kota Bharu (724), Tanah Merah (638), Pasir Puteh( 217), Bachok (107), Tumpat (45) dan Jeli (23).

Bacaan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Kusial, Tanah Merah merekodkan sedikit penurunan namun masih melepasi paras bahaya iaitu 17.56 meter (m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (10.39m).

Dalam pada itu, 32 laluan ditutup masing-masing empat di Kuala Krai, Machang (5) Pasir Mas (22), Pasir Puteh (3), Tumpat (1) dan Tanah Merah (1). – SuaraTV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.