Wanita Ditahan Reman Bukan Ibu Kandung Muhammad Adam

Wanita ditahan reman yang dipercayai ibu kepada Muhammad Adam, kanak-kanak lelaki tiga tahun yang ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin

Seremban – Wanita ditahan reman yang dipercayai ibu kepada Muhammad Adam, kanak-kanak lelaki tiga tahun yang ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin, Jumaat lepas didapati bukan ibu kandung kanak-kanak malang itu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Suprintendan Hamazah Ab Razak berkata, penemuan berkenaan diperoleh hasil soal siasat pihak polis terhadap wanita berusia 36 tahun itu.

Menurutnya, penemuan terbaharu hasil siasatan itu juga menunjukkan wanita itu berkemungkinan mengambil upah menjaga kanak-kanak berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, wanita itu mendakwa Muhammad Adam bukanlah anaknya sebaliknya anak rakannya. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesahkan perkara itu dan wanita terbabit masih ditahan reman sehingga esok.

“Setakat ini, kita belum kenal pasti identiti ibu kandung mangsa. Kita perlu memanggil beberapa saksi untuk diambil keterangan,” katanya.

Hamazah berkata, polis mungkin akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas berjaya mengesan ibu kandung Muhammad Adam.

“Setakat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang membuat penilaian dari segi kelayakan untuk menjaga kanak-kanak itu berikutan sebelum ini bapa wanita berkenaan menawarkan diri untuk menjaganya,” katanya.

Muhammad Adam ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, dekat Tampin kira-kira 1 pagi Jumaat lepas, dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.


Dia dipercayai ditinggalkan seorang diri oleh ibunya sejak 6 petang, Khamis lalu sebelum ditemui sehari kemudian apabila sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk ke rumah tersebut.

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,398,Artis Dalam Negara,22,Artis Luar Negara,18,Berita Menarik,965,Berita Semasa,1338,Islam,104,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,435,Kes Rogol,354,Kesihatan,81,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1190,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,6,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,350,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,544,Video Kantoi,9,Video Luar Negara,36,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Wanita Ditahan Reman Bukan Ibu Kandung Muhammad Adam
Wanita Ditahan Reman Bukan Ibu Kandung Muhammad Adam
Wanita ditahan reman yang dipercayai ibu kepada Muhammad Adam, kanak-kanak lelaki tiga tahun yang ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin
https://2.bp.blogspot.com/-wq6baWURsYM/WHII7eES1lI/AAAAAAAAXTs/WnoAOHFVgXYIQ0verd9vUcyuGgy7GHFeACLcB/s320/_7a3faaaa-d48e-11e6-a877-a82e4b02bda2.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-wq6baWURsYM/WHII7eES1lI/AAAAAAAAXTs/WnoAOHFVgXYIQ0verd9vUcyuGgy7GHFeACLcB/s72-c/_7a3faaaa-d48e-11e6-a877-a82e4b02bda2.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2017/01/wanita-ditahan-reman-bukan-ibu-kandung.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/01/wanita-ditahan-reman-bukan-ibu-kandung.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy