Wanita Meninggal Dunia Di Hari Pernikahan Kedua Suaminya.

Gambar hiasan
Tiada sesiapa pun yang tahu bila tibanya ajal dan maut sesorang itu melainkan Allah SWT, itulah yang terjadi kepada Nor yang meninggal dunia ketika majlis pernikahan kedua suaminya.

Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah suaminya itu berkahwin dengan adik Nor sendiri dengan tujuan supaya kelima-lima anak mereka dapat di jaga dengan baik selepas pemergian ibu kandung mereka.

Nor merupakan sorang wanita yang menghidap kanser rahim pada tahap 4 dan tidak sedarkan diri sejak beberapa minggu sebelum majlis pernikahan suaminya itu.

Sementara Karin yang merupakan adik kepada Nor telah menjadi penjaga kepada anak-anak kakaknya itu selepas kakaknya itu telah disahkan menghidap kanser sejak beberapa tahun yang lalu.

Karin terpaksa menerima permintaan terakhir kakaknya itu supaya berkahwin dengan abang iparnya sendiri jika dia meninggal dunia.

Keluarga kami sememangnya mempunyai keturunan menghidap penyakit kanser, malah saya juga pernah menjalani pembedahan bagi membuang kanser dan saya bersyukur kerana sekarang saya telah pulih daripada penyakit tersebut, katanya ketika dihubungi oleh pemberita.


Pada mulanya Karin sememangnya tidak bersetuju untuk berkahwin dengan abang iparnya sendiri kerana dia baru berusia 20 tahun dan masih terlalu muda untuk bergelar isteri.

Akan tetapi Karin tidak sanggup melihat wajah anak kakaknya yang baru berusia beberapa bulan manakala anak pertama kakaknya yang baru berusia 9 tahun, kesemua anak kakaknya itu merupakan perempuan.

"Kakak memang berkahwin lambat pada usianya yang semakin meningkat naik, oleh sebab itu walaupun telah meningkat usia masih lagi memiliki anak kecil," jelasnya.

Sehinggalah akhirnya Karin bersetuju dan mereka berkahwin di hospital di mana kakaknya dirawat, suasana terasa begitu menyentuh hati ketika bakal suami Karin melafazkan ijab kabul di hadapan isterinya Nor yang sedang koma.

Lebih memilukan apabila tidak sampai sejam selepas keduanya sah bergelar sebagai suami isteri, Nor telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Selepas berkahwin, Karin meneruskan kerjayanya sebagai cikgu tadika manakala suaminya merupakan seorang angkatan tentera laut.

Namun begitu kebahagiaan mereka hanya dapat di rasai oleh Karin selama setahun sahaja apabila suaminya itu telah meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Perak.

Walaubagaimanapun selepas 2 tahun hidup menjanda Karin langsung tidak berhasrat untuk berkahwin sekali lagi dengan mana-mana lelaki pun hanya untuk menjaga ketiga-tiga anak tirinya yang juga merupakan anak buahnya juga.

Walaupun begitu Karin mengakui kehidupannya jauh lebih mewah berbanding sebelum dia berkahwin dulu, rezekinya melimpah ruah sehinggalah dia memiliki perniagaan yang cukup berjaya.

Saya sangat bersyukur dan mungkin inilah berkat kerana dia menjaga anak-anak yatim, semua ini rezeki mereka dan saya hanya mengusahakannya sahaja, kata Karin kepada pemberita.-eberita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.