2 Video Dan 4 Gambar Pemandu Wanita Ditembak Mati Ketika Memandu.

GEORGE TOWN - Seorang wanita mati ditembak semasa sedang memandu kereta jenis BMW di Taman Pekaka 1, Sungai Dua, Gelugor di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang masih belum diketahui identitinya dikatakan ditembak oleh penunggang motosikal dari jarak dekat.

Motif pembunuhan dan suspek bagi kejadian tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

Walaubagaimanapun sepasukan polis yang kini berada di lokasi kejadian masih sedang menjalankan siasatan.

Masih belum terdapat apa-apa laporan yang di keluarkan oleh pihak polis berhubung kejadian yang baru berlaku sebentar tadi.

Terdapat satu video yang telah tular di media sosial menunjukkan keadaan kereta serta pemandu selepas kejadian tembakan tersebut.

Update

Seorang wanita mengandung maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Bukit Gambir berdekatan Taman Pekaka di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia lingkungan 30-an memandu kereta jenis BMW sebelum kenderaannya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Menurut saksi kejadian, penunggang motosikal terbabit mengambil kesempatan keadaan trafik sesak untuk berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah pemandu itu.

Akibatnya, kenderaan mangsa terbabas ke Lorong Pekaka 9 dan melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) diletak di tepi jalan berkenaan sebelum merempuh pagar kediaman penduduk.

Ketika ini, pegawai polis dan anggota Unit Forensik masih berada di lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian berkenaan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.