Adik Rogol Kakak OKU Hingga Mengandung
Biadap dan tidak
berperikemanusiaan itulah kata yang tepat kepada seorang lelaki Irfan Yusuf 20 tahun yang sanggup merogol kakak kandungnya sendiri yang merupakan seorang OKU Hingga
mengandung 5 Bulan.
Suspek yang berjaya di tahan di kota Tasik Malaya semalam
diserahkan kepada pihak polis.
Rusdy Yahya 54 tahun bapa mangsa tidak dapat menahan sebak apabila
suspek pelaku rogol yang membuat anak gadisnya mengandung tidak lain adalah
anak kandungnya sendiri.
Katanya kes rogol itu berlaku 5 bulan lalu ketika dia
meninggalkan kedua anaknya itu di dalam rumah. tidak diketahui dengan jelas
bagaimana permulaan kejadian namun menurut pengakuan mangsa, dia dipaksa membuka
baju dan seluar oleh adiknya Yusuf.
Menurut mangsa, kucing peliharaannya akan dibunuh jika
kejadian itu di ceritakan kepada orang lain.
Bagaimana pun rahsia itu terbongkar apabila mangsa mengadu
sakit perut, bapanya kemudian membawa mangsa ke klinik untuk membuat
pemeriksaan.
“Saya sangat terkejut ketika doktor mengatakan anak saya
mengandung, saya bawa anak saya balik rumah dan memujuknya dengan penuh lemah
lembut”
“Dan anak saya mengatakan bahawa adiknyalah yang melakukan
semua itu”katanya
Mendengar pengakuan itu, Rusdy kemudian membuat laporan polis
di balai berhampiran dan mahukan suspek segera di tahan.
Pada awalnya suspek yang berjaya ditahan enggan untuk
mengaku, namun selepas di soal bertubi-tubi akhirnya suspek mengaku salah.
Katanya, sebelum kejadian itu dia dibawah pengaruh nafsu membara
selepas menonton video lucah melalui handphone.
Niat jahatnya itu muncul apabila kakaknya tidur diruang tamu
rumah mereka seorang diri, ditambah pula bapanya tiada dirumah jadi dia pun mengambil
kesempatan tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan