Cerita Sebenar Video Viral Lelaki Dipukul Di Medan Selera Taman Samudera
Manjung : Pemilik kedai makan di medan selera Taman Samudera
di sini, sudah membuat laporan polis berhubung video yang tular sejak semalam,
memaparkan seorang lelaki dipukul tiga lelaki kerana didakwa tidak membayar
makanan di premis berkenaan.
Difahamkan laporan di buat di Balai Polis Manjung pada 11
malam tadi, selepas rakaman video berkenaan tular di media sosial.
Pemilik kedai makan berkenaan yang enggan namanya disiarkan,
mengesahkan kejadian berkenaan berlaku di premisnya kira-kira 12.30 tengah hari
semalam.
Sehubungan itu, menurutnya, laporan polis dibuat bagi
mengelak fitnah.
Video 41 saat itu memaparkan seorang lelaki dipukul tiga
individu dengan seorang daripada mereka memukul mangsa dengan kayu.
Lelaki itu didakwa tidak membayar makanan yang dimakan dan
dibungkus di kedai berkenaan sejak hampir dua bulan lalu.
Difahamkan, ketika kejadian, adik perempuan pemilik kedai
itu bertanya kepada lelaki berkenaan sama ada dia sudah membayar hutang yang
sebelum ini namun lelaki itu dikatakan angsa memarahi wanita itu sebelum tiga
lelaki masuk campur, termasuk memukul.
Video itu mendapat kecaman daripada netizen yang tidak
berpuas hati dengan tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai melampau.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan
laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.-Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan