Pasangan Sumbang Mahram Ibu Dan Anak Enggan Berpisah

Seorang ibu dan anak kandungnya kini dilamun cinta selepas terpisah selama 18 tahun apabila si anak diberikan kepada orang lain. Meskipun mereka didakwa di mahkamah kerana melakukan sumbang mahram namun kedua-duanya tetap bertegas mahu hidup bersama.

Monica Mares, 37, dan anak lelakinya, Caleb Peterson, 20, dari Clovis, New Mexico, ditangkap pada Februari tahun lepas setelah jiran melihat tingkah laku mereka yang mencurigakan.

Mereka diberikan tempoh pemulihan selama tiga tahun namun perlu menjauhi satu sama lain untuk tempoh setahun setengah. Mares juga tidak dibenarkan bertemu dengan sembilan anaknya yang lain, hasil hubungannya dengan lelaki lain.

Namun hukuman itu tidak menginsafkan sebaliknya pasangan ibu dan anak itu memberitahu tiada apa yang akan menghalang mereka daripada melakukan hubungan seksual.

Ogos tahun lalu lalu, pasangan kontroversi itu bertemu semula melalui Facebook selepas Mares menyerahkan anaknya, kepada orang lain. Mereka bertemu buat kali pertama krismas lalu.

“Saya bertemunya dan kami menangis sambil berpelukan. Ia adalah pelukan antara ibu dan anak. Dia kemudiannya menetap bersama saya dan kami gembira sebagai anak beranak.

“Mulanya tiada apa-apa yang belaku sehinggalah timbul perasaan `gila’ ini. Ia rasa berlainan kerana saya tidak pernah memeliharanya sejak kecil,” kata Mares.

Disebabkan cintanya kepada anak sendiri, Mares sanggup melepaskan hak penjagaan anak-anaknya yang lain sekiranya dia diminta memilih antara mereka dengan `kekasihnya’ itu.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.