Video Isteri Bunuh Suami Dan Sumbat Mayat Dalam Beg.

Mayat seorang lelaki berusia 40 tahun ditemui dalam sebuah beg pakaian yang disimpan di dalam kereta BMW berhampiran rumahnya di Punjab pagi semalam

Mangsa dikenali sebagai Ekam Singh Dhillon dipercayai dibunuh isterinya Seerat dengan bantuan abang dan rakannya.

Setelah membunuh suaminya, Seerat terus melarikan diri dari rumah dengan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 11 tahun dan seorang anak perempuan berusia lima tahun.

Mayat dalam beg pakaian berkenaan telah ditemui oleh pemandu beca yang berkebetulan lalu di kawasan itu.

Katanya dia melihat dua orang perempuan meletakkan beg yang seolah-olah nampak berat itu kedalam kereta.

“Mereka meminta bantuan saya untuk mengangkatnya dan saya mula berasa curiga apabila tangan saya berlumuran darah” “katanya.

Mayat mangsa dihantar kehospital untuk di bedah siasat tetapi bedah siasat tidak dapat dijalankan kerana ahli keluarga tidak membenarkan.

Siasatan awal mendapati tingkat satu bahagian rumah dimana mangsa tinggal terdapat kesan darah. Penghuni rumah tingkat bawah berkata pasangan itu telah menyewa di rumah berkenaan sejak 15 hari lepas.

Selain itu ditemui pistol  9mm berlesen atas nama Seerat dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Dhillon yang bekerja di kebun teh mangsa sejak 15 tahun lalu berkata mangsa tinggal berasingan sejak akhir-akhir ini.
Selain itu mangsa juga dikatakan bertemu dengannya dengan muka penuh tekanan kerana tidak dibenarkan isterinya menjalankan mana-mana bisnes mereka.

Sementara abang mangsa berkata malam sebelum kejadian adiknya itu datang menemuinya dalam keadaan menangis dan mengadu atas tekanan yang diberikan oleh isterinya.

Bagaimanapun Seerat mendakwa telah bertengkar dengan suaminya kerana suaminya itu kerap balik ke rumah di bawah pengaruh minuman keras”.

Darshan abang kandung mangsa menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa adiknya itu sudah berhenti minum sejak setahun lalu.

Dimaklumkan Seerat adalah anak saudara pemimpin Kongres Ajit Inder Singh Mofar dari Sardulgarh yang tewas pada pilihan raya bulan lalu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.