Video: Kisah Sayu Anak Kucing Bagi Daging Kepada Bangkai Ibu, Tapi Ia Cuma Makan Ranting

Satu video hiba merakamkan betapa kasihnya seekor anak kucing kepada ibunya biarpun ibunya itu sudah mati.

Dalam video yang dikongsi oleh laman Facebook SBS TV itu, kucing berkenaan dilihat berada di dalam satu sudut bangunan, menemani bangkai ibunya.
Seorang lelaki dikawasan kejiranan itu berkata dia selalu melihat anak kucing tersebut bersama ibunya di kawasan sekitar sebelum ini.

“Anak kucing itu bersama ibunya sebelum ini. Tapi sejak beberapa hari kebelakangan ini, mereka tidak muncul. Jadi kami sedikit risau.” kata lelaki tersebut.

Menerusi video yang dirakam, dilihat anak kucing terbabit asyik menjilat bangkai ibunya itu. Di sebelah malam, barulah anak kucing itu akan keluar untuk mengisi perutnya. Satu detik dari video turut merakamkan kucing tersebut meratah ranting kerana lapar.

Selain itu turut terakam anak kucing tersebut menjumpai secebis daging di tong sampah berdekatan. Tapi ia tidak memakan daging itu. Sebaliknya ia membawa daging tersebut pulang untuk diberi kepada bangkai ibunya. Mungkin risau ibunya itu ‘kelaparan’.
Seorang veterinar berkata, anak kucing itu tidak tahu mengenai kematian dan mahu terus bersama ibunya.

“Kerana bangkai itu sudah rosak, ia mungkin akan dijangkiti jika berterusan begitu.

Dalam satu operasi menyelamat yang dilakukan oleh orang ramai, anak kucing itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh mereka yang menunggu di luar.

Anak kucing itu kemudian diberi rawatan.

Hasil imbasan mendapati batu kecil memenuhi perut anak kucing terbabit yang dipercayai dimakan ketika ia kelaparan.

Ketika diberi peluang untuk bersama bangkai ibunya buat kali terakhir, anak kucing itu duduk berdekatan dan enggan melepaskan ibunya pergi.

Namun ia ditarik pergi oleh seorang doktor yang merawatnya.siakap keli

Tonton video sedih itu dibawah:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.