4 Gambar Tersebar: 'Ini Serangan Peribadi Ketiga Terhadap Saya'- Dyana Sofya
SHAH ALAM - "Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam
tempoh dua bulan terhadap saya," demikian respons bekas calon DAP bagi PRK
Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika ditanya mengenai gambar mesra bersama
seorang lelaki mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang
tular.
"Saya anggap Pilihan Raya Umum (PRU) sudah sangat
hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa
itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu.
"Saya sedih budaya politik kita telah melangkau
sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun
menyimpan dendam," katanya menerusi aplikasi WhatApps, sebentar tadi.
Terdahulu tersebar empat keping gambar mesra seorang wanita
berambut panjang dan berpakaian warna hitam menyerupai Dyana dan seorang lelaki
yang sedang minum bersama dua individu lain di sebuah restoran.
Sementara itu, jelas Dyana lagi, ketika ini beliau sedang
memberi tumpuan kepada kerja dan perkhidmatannya kepada rakyat terutama
penduduk Teluk Intan.
Buat masa ini, Pusat Komuniti DAP Teluk Intan sedang
berusaha meningkatkan dana sebanyak RM10,000 untuk Pusat Pembangunan Wanita
untuk wanita di Teluk Intan.
Ulasan
Catat Ulasan