Benjy Dicekup Lagi Sembunyi Dadah Dalam Dubur.
PETALING JAYA: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah
kerana memiliki dadah, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sekali lagi
ditahan bagi kesalahan yang sama pada Selasa lalu.
Kali ini anak kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean
Irdawaty itu ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan, Sumatera Utara.
Menurut laporan detik.com, Ketua Jabatan Kastam, Zaky
Firmansayah mengesahkan mengenai penangkapan berkenaan.
"Setelah pemeriksaan dilakukan, kami menemui dua
bungkus dadah jenis syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di dalam
duburnya," kata Zaky.
Menurut Zaky, Benjy tiba ke Medan menaiki pesawat Malindo
Air pada Selasa malam.
Pihak berkuasa dimaklumkan bahawa Benjy mengaku membeli
dadah itu dari seseorang di Kuala Lumpur.
Pada April 2016 Benjy, 39, dibebas dan dilepaskan oleh
Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine
seberat 28.99 gram.-mStar Online
Ulasan
Catat Ulasan