Enam Kes Bunuh Dan Rogol Wanita Yang Kekal Misteri
Maria Clariz
Faylona, 23 tahun, dilaporkan hilang pada 2 April dan mayatnya ditemui dalam keadaan
berbogel tujuh hari kemudian manakala Erica Jean Rosal, 20 tahun, turut ditemui mati
dengan mukanya hancur dan tangannya diikat dengan tali nilon dua hari selepas
kehilangannya pada 4 Januari lalu.
Maria Clariz dan Erica Jean adalah mangsa kelima dan keenam
yang diklafikasikan polis sebagai kes kehilangan dan pembunuhan wanita yang
kekal misteri.
Sebelum Maria Clariz dan Erica Jean, empat wanita lain turut
dilaporkan hilang dan mereka kemudian ditemui mati, namun polis berkata,
kes-kes berkenaan tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Polis tidak menemui sebarang perkaitan antara kesemua kes
dan satu-satunya perkaitan hanyalah kesemua kes berkenaan masih tidak dapat
diselesaikan.
Ketika keluarga Maria Clariz berusaha mencari wanita itu
selepas dilaporkan hilang dan pencarian berakhir selepas dia ditemui di kawasan
perkuburan di perkampungan Pasonaca, hampir 2 kilometer dari kediaman mereka.
Mereka kemudian menemui mayat seorang wanita dalam keadaan
berbogel yang kemudian disahkan sebagai Maria Clariz.
Keadaan mayat wanita itu menunjukkan kesan dipukul dan
mukanya turut hancur yang menyebabkan identitinya sukar dikenal pasti.
“Kami tidak dapat mengecam Maria pada mulanya.
“Namun tatu pada lehernya dan selipar yang ditemui
mengesahkan mayat wanita itu adalah Maria,” kata abang mangsa, Julius.
Sementara itu, Januari lalu, mayat Erica Jean ditemui dalam
keadaan badannya yang menunjukkan penyeksaan yang sama dengan mukanya yang
hancur dan sukar dikenal pasti di perkampungan Lunzuran.
Menurut Ketua Inspektor polis bandar, Arlan Delumpines,
mangsa Erica Jean meninggalkan rumah pada 5 Januari untuk bermalam di rumah
rakan sekelasnya bagi menyiapkan projek sekolah.
Pada hari berkenaan, dia meninggalkan rumah rakan sekelasnya
untuk kembali ke rumahnya, namun dia tidak ditemui selepas itu.
Pada 6 Januari, mayat Erica ditemui tujuh kilometer dari kampungnya
di Baliwasan iaitu di mana rakan sekolahnya tinggal.
Mayatnya dibuang di bawah pokok.
Polis berkata, Erica Jean telah dirogol sebelum dia dibunuh.
Kes-kes Maria Clariz dan Erica Jean menimbulkan ketakutan
dalam kalangan penduduk yang masih dihantui dengan beberapa kes kehilangan dan
pembunuhan seperti itu.
Sebelum ini, Maricel Macrohon berusia 33 tahun ditemui mati
di Townville Subdivision pada 4 Oktober sementara dua kes membabitkan dua
wanita berusia dalam lingkungan 20 ke 30 tahun yang identitinya masih belum
diketahui turut ditemui mati enam bulan lalu di perkampungan Limpapa.
Tiada keluarga tampil mengenalpasti mereka sehinggalah mayat
mereka dikebumikan di tapak perkuburan mayat yang tidak dituntut.
Pada 12 November , Mary Jane Herrera, 16 tahun dan seorang
pelajar sekolah tinggi Don Pablo Lorenzo Memorial High School meninggalkan
rumah untuk bertemu rakan-rakan sekelas untuk projek sekolah dan latihan tarian
namun tidak pernah pulang ke rumah selepas itu.
Sebulan kemudian, pencarian keluarganya untuk Mary Jane
berakhir di sebuah rumah di Kampung Pasay di mana pekerja menggali telaga
menjumpai rangka manusia yang masih memakai pakaian seragam sekolah, dengan beg
sekolah dan ID.
Mayat itu dikenalpasti sebagai Mary Jane.
“Kami meminta penguatkuasa undang-undang untuk memudahkan, serta melakukan kerja anda,” kata Julius, abang Maria Clariz.
“Rayuan ini bukan sahaja untuk kita, ini adalah untuk semua
orang. Anda mempunyai anak dan kami mempunyai anak yang mungkin menjadi mangsa
seterusnya. ” katanya dipetik Philippine Daily Inquirer
Ibu saudara Erica Jean, Gail Rosal, percaya Erica Jean dan
kes Maria Clariz, mempunyai perkaitan.
“Erica Jean dan Maria Clariz menyertai kumpulan tarian yang
sama dan belajar di sekolah yang sama,Zamboanga State College of Marines
Science and Technology.
“Pembunuh yakin mereka tidak akan ditangkap kerana, seperti
yang anda lihat, mereka terus melakukan jenayah.
“Saya amat sedih dengan kenyataan polis bahawa pembunuhan
ini tidak berkaitan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Bandaraya, Supt kanan. Luisito
Magnaye, berkata walaupun pembunuhan kekal tidak dapat diselesaikan, polis
terus mencari petunjuk.
“Setakat ini, kita tidak pernah melihat apa-apa petunjuk
bahawa seorang pembunuh bersiri terlibat,” kata Magnaye.
Datuk Bandar Maria Isabelle Climaco-Salazar berkata pihaknya
meminta pihak polis untuk menyelesaikan kes dan menggesa ibu bapa untuk menjaga
dengan rapi anak-anak mereka.
“Adalah penting ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka,”
katanya.
Ulasan
Catat Ulasan