Ingatkan Penyewa Perempuan Lagi Bagus Rupanya Lagi Teruk.-Jack Izumi Gfg
MERLIMAU, MELAKA – “Bagus sangat perempuan menyewa rumah
macam ini,” demikian tulis Jack Izumi Gfg yang kecewa dengan sikap penyewa
rumahnya.
Menurut Jack, selama ini beliau tidak mahu sewakan rumahnya
itu kepada golongan lelaki kerana bimbang rumahnya rosak, lalu disewakan kepada
enam penyewa perempuan yang merupakan pelajar di Politeknik Merlimau.
“Selama ini fikir tak nak sewakan rumah pada lelaki sebab
takut rumah rosak. Sekarang ini pun perangai macam haram,” katanya.
Menurut Jack, sewa rumahnya sudah empat bulan tidak dibayar
dan penyewanya telah melarikan diri.
“Dah empat bulan sewa tertunggak. Katanya dah transfer
secara online. Dua minggu tunggu, duit tak masuk-masuk. Dia ingat kita baru
main internet agaknya.
“Bila datang rumah sewa nak minta duit sewa, rumah sunyi
sepi tak ada orang. Rupa-rupanya dah lari,” katanya.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, dapur ditinggalkan
dalam keadaan kotor, bersepah, dengan kualinya masih mempunyai sisa makanan.
Sinki pula bertakung dan tersumbat selain dinding turut diconteng dengan
tulisan lucah.
Menurut Jack, dia mengalami kerugian hampir RM2,000 akibat
perbuatan khianat enam penyewanya itu.
Difahamkan, beliau sedang cuba menghubungi salah seorang
penyewanya, namun perempuan berkenaan cuba lepas tangan. Jack tidak
teragak-agak untuk membuat laporan polis jika penyewanya enggan melunaskan
kerugian hampir RM2,000 itu.
Jack juga memberi tempoh kepada enam individu berkenaan
untuk membuat bayaran sewa itu selama tiga hari atau maklumat mengenai diri
mereka didedahkan di media sosial. – The Reporter
Ulasan
Catat Ulasan