Kening Bak Bulu Jadi Kegilaan Baharu Wanita
HELSINKI - FINLAND. Gurauan seorang jurusolek mengenai satu
trend baharu merias kening kelihatan seperti bulu.
Tanpa disangka-sangka, kening berupa bulu itu mendapat
reaksi positif masyarakat dunia, lapor mirror.co.uk
Mula memuat naik satu gambar di laman Instagram, beliau menamakan trend itu sebagai #FeatherBrows, tanpa disangka foto tersebut menjadi tular dan orang ramai mula memuat naik gambar kening mereka mengikut trend tersebut.
“Nota kepada diri sendiri, apabila kamu memuat naik satu
gambar jenaka bertujuan untuk memulakan satu trend kening yang pelik, orang
akan menganggapnya serius dan mengikutinya.
“ Apa-apapun, terima kasih untuk semua sokongan dan
kebencian,” tulisnya.
Bagi mereka yang masih tertanya-tanya cara membuat kening
tersebut, mudah sahaja, anda hanya perlu mengasingkan kening kepada dua bahagian
dan gunakan vaseline supaya ia kekal terbelah.-Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan