Lima Sekeluarga Maut Disembelih, Bayi Dua Tahun Kritikal

Kejadian pembunuhan mengerikan yang berlaku di Medan, Indonesia telah mengorbankan lima sekeluarga dengan kesan sembelih di leher kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Mangsa merupakan:
  • Irianto 40 tahun, suami.
  • Yani 35 tahun, isteri
  • Naya 14 tahun, anak
  • Gilang Raksono 10 tahun, anak
  • Marni 60 tahun, mak mertua


Seorang bayi berusia 2 tahun kritikal  akibat  mengalami cedera di bahagian muka dipercayai di libas dengan menggunakan parang.

Seperti dipetik dari sumber, kejadian itu disedari oleh jiran mangsa  juga merupakan seorang wanita warga emas  yang curiga kerana tidak mendengar suara seperti biasa di rumah berkenaan pagi itu.

Ketika dia cuba membuka pintu, saksi mendapati mayat-mayat mangsa sudah berlumuran darah penuh dengan kesan luka tetakkan.

Selepas itu lokasi kejadian menjadi sesak dengan orang ramai sehinggakan polis yang dimaklumkan mengenai kejadian terpaksa membuat garis kuning bagi menghalang orang awam mendekati lokasi pembunuhan.

Sementara anggota Polis Pelabuhan Belawan di ketuai oleh AKBP Yemi Mandagi sampai ke lokasi bagi melakukan penyiasatan kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua kampung Budiono berkata, keluarga mangsa adalah keluarga yang mesra dan tidak diketahui sama ada memiliki dendam atau masalah dengan orang lain.

Dari maklumat yang diberikan  beberapa penduduk membuat andaian bahawa besar kemungkinan kes tersebut adalah kejadian bunuh dan rompak kerana terdapat beberapa barang berharga yang hilang dari rumah mangsa.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.