Pegawai Imigresen Mengaku Tak Salah Rogol Tukang Urut
Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di
sini semalam atas tiga pertuduhan iaitu merogol, melakukan seks oral dan
mengugut seorang gadis tukang urut warga Thailand pada bulan lalu.
Frankie Chua Siong Kiat, 31, berasal dari Pasir Mas,
Kelantan membuat pengakuan tersebut selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya
dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.
Bagi pertuduhan pertama, Frankie menghadapi pertuduhan
merogol wanita itu mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh
dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan seks oral
mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.
Ulasan
Catat Ulasan