Pelajar Perempuan Berusia 15 Tahun Dipaksa Minum Racun Serangga

Gambar Hiasan
Kuala Lumpur – Seorang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, mendakwa nyaris maut selepas dipaksa minum racun serangga oleh sekumpulan pelajar lelaki sekolah lain Bandar Lama Nilai, Rabu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa terlihat sekumpulan pelajar yang memakai seragam sekolah sedang menghidu gam berhampiran sebuah pasar raya sebelum bertindak menegur mereka.

Kumpulan pelajar terbabit kemudian menahan mangsa serta memegang tangan dan kakinya sebelum bertindak memasukkan cecair berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa yang tersedar sekitar jam 6 petang kemudian menuju ke tempat kerja ibunya di sebuah kedai pakaian berhampiran dan memaklumkan dia diracun.

Sehari kemudian, ibu mangsa membawanya ke klinik selepas pelajar berkenaan mengadu sakit tekak dan perut sebelum dia dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Mangsa dirawat di Unit Kecemasan Zon Merah selepas doktor yang merawatnya mengesahkan terdapat racun serangga dalam perut mangsa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, ketika dihubungi BH sebentar tadi, mengesahkan kejadian dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, pada masa ini mangsa masih belum dapat memberikan butiran terperinci kerana sakit tekak dan sukar bercakap. – BH Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.