Pemandu Uber Paling Hot
SEORANG pemandu Uber di Filipina dalam sekelip mata menjadi
sensasi di seluruh dunia selepas beberapa gambarnya tersebar menjadi viral di
laman sosial.
Joyce Tadeo, dari Manila mula mendapat perhatian gara-gara
kecantikan rupa paras yang dimilikinya sehingga dia dilabelkan ‘pemandu Uber
tercantik di Filipina’.
Seperti yang dikongsikan majalah FHM, Joyce atau lebih mesra
dikenali sebagai JT merupakan gadis lulusan bidang Psikologi dan pernah bekerja
di sebuah syarikat farmasi.
Bagaimanapun, atas dorongan salah seorang rakannya, JT
kemudian memilih untuk berhenti kerja dan mencuba nasib menjadi pemandu Uber.
“Saya seorang yang suka ambil risiko. Saya selalu mencari
sesuatu yang tidak biasa. Apabila saya melihat hasil, itulah yang paling
memotivasikan saya,” ujarnya.
Menurutnya, dia mula menjadi pemandu Uber pada Oktober 2016
dan dia benar-benar menyukai pekerjaannya itu.
Pada masa yang sama, JT akui sepanjang dia menjadi pemandu
Uber dia sering menerima pujian dan ramai yang meminta untuk berswafoto bersamanya.
“Sebahagian besar penumpang saya benar-benar terkejut setiap
kali mereka memesan saya sebagai pemandu mereka
“Saya sering mendapat pujian dan saya sangat menghargai
mereka.
“Malah, mereka meminta untuk berselfie dan berkongsi
informasi Uber saya di media sosial.
“Sejak dari itu, saya sudah terbiasa dengan hal itu. Saya
menikmati perasaan disukai,” katanya.
Memandangkan JT sudah popular, siapa tahu suatu hari nanti
JT akan disunting menjadi model atau selebriti pula.
Ulasan
Catat Ulasan