Punca Andi Lala Bunuh 5 Sekeluarga Dengan Kejam
Suspek utama yang terlibat dalam pembunuhan kejam lima
sekeluarga di sebuah rumah di Jalan Mangaan di daerah Medan Deli di Medan,
Sumatera Utara di sini baru-baru ini mengaku melakukan jenayah itu kerana
dendam.
Dalam kejadian pada 9 April lalu, mangsa Riyanto, 40,
isterinya, Sri Ariyani, 40, dan dua anak mereka Naya dan Gilang masing-masing
berusia 13 hingga lapan tahun serta ibu Sri Ariyani, Sumarni yang berusia 60
tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati.
Memetik laporan Detik.com hari ini, Andi Lala yang ditahan
pihak polis pada 17 April lalu mengaku membunuh Riyanto dan empat lagi
gara-gara mangsa didakwa tidak memberikan sabu yang dibeli olehnya meskipun
bayaran telah dibuat.
Andi Lala membayar sebanyak 5 juta rupiah (RM1,657) kepada
Riyanto, yang juga merupakan sepupunya bagi pembelian sabu, namun mendakwa
Riyanto tidak memberikan dadah itu kepadanya.
Suspek kemudian mendesak supaya mangsa memulangkan wangnya,
bagaimanapun Riyanto enggan memberikan wang tersebut.
Bengang dengan tindakan Riyanto, suspek mengajak dua
rakannya, Roni dan Andi Sapurta untuk membunuh mangsa.
Ketika kejadian, Andi Lala membunuh Riyanto, isterinya, Sri
Ariyanti serta Sumarni dengan memukul mangsa menggunakan besi sebanyak dua
kali.
Roni pula membunuh kedua anak Riyanto, Naya dan Gilang,
sementara seorang lagi suspek, Andi Saputra ditugaskan untuk mengawal di depan
rumah bagi memastikan keadaan selamat.
Sebaik sahaja lima sekeluarga itu dibunuh, yang mana hanya
seorang kanak-kanak perempuan ditemui masih hidup, Kirana, Andi Lala membawa
lari motosikal milik Riyanto dan menjualnya dengan harga 1.8 juta rupiah
(RM596).
Ketika disiasat polis, Andi Lala turut mengaku pernah
membunuh seorang lelaki dikenali sebagai Suherman, yang didakwa teman lelaki
isterinya pada tahun 2015, sebelum mayat dan motosikal mangsa dibuang ke dalam
longkang, seolah menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana terlibat dalam
kemalangan.
Perbicaraan kes tersebut masih berlangsung dan suspek
didakwa atas kes pembunuhan kejam
Ulasan
Catat Ulasan