Ratu Cantik Ditembak Mati Lepas Terima Bunga, Coklat

BULACAN – FILIPINA. Seorang ratu cantik ditembak mati selepas membuka pintu untuk menerima jambangan bunga dan coklat.

Mary Christine Balagtas, 23, ditembak di bahagian kepala sejurus selepas membuka pintu kepada dua lelaki yang menghantarkan hadiah tersebut, memetik Sinar.

Portal antarabangsa, Metro.co.uk melaporkan, kedua suspek lari meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas melepaskan tembakan.

Christine pada mulanya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, bagaimanapun meninggal dunia di dalam ambulans sebelum sempat tiba di pusat rawatan.

Superintendan, Julio Lizardo berkata, pihaknya kini sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar serangan.

“Buat masa sekarang, kami sedang mendapatkan petunjuk yang ada dalam kes ini. Kami juga menyiasat lelaki yang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.


“Kami percaya serangan dilakukan oleh pembunuh upahan. Pihakkami turut menemui kelongsong peluru di tempat kejadian,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.