Tayar Ditoreh ,Remote Kereta Tiba-Tiba Tak Berfungsi, Taktik Baru Pencuri Kereta
Tolong
berhati-hati jika pergi ke kawasan Sri Petaling atau sekitarnya. Sabtu lalu,
jam 9 malam, saya pergi berjumpa dengan kawan saya di Moonlight Cafe. Kami
parkir kereta di petak parkir yang agak terpencil, bertentangan dengan kafe
tersebut, sebab tiada lagi petak parkir berhampiran.
Kami keluar dari kereta dan abang saya kunci pintu
menggunakan remote kereta, tetapi ia tidak berfungsi dan kami ingat mungkin
bateri remote dah habis.
Bila kami keluar dari kafe sekitar jam 1 pagi dan mahu
pulang ke rumah, baru separuh perjalanan, tayar kereta kami pancit.
Untuk tujuan keselamatan, abang saya memberhentikan kereta
di stesen BHP untuk memeriksa keadaan tayar. Apa yang menghairankan ialah,
tayar itu baru saja dipam beberapa jam yang lalu dan tidak mengalami sebarang
masalah.
Oleh kerana waktu semakin lewat, dia kemudian cuba
menukarnya dengan tayar ganti. Masa itu, agak ramai juga penunggang motosikal
yang melalui jalan itu dan ianya amat menakutkan.
Malangnya tayar ganti tidak dapat digunakan. Bagaimanapun
kami berjaya selesaikan segalanya dan tiba di rumah dengan selamat sekitar jam
3 pagi.
Abang saya pula masih hairan dan pelik dengan insiden
tersebut. Tayar kelihatan seperti ditoreh dengan pisau dan ketika kami masuk ke
dalam kereta, terdengar bunyi enjin kereta berhampiran dihidupkan. Apa yang
lebih menghairankan, bila tiba di rumah, remote kereta boleh digunakan pula.
Kami mengesyaki mungkin ada individu yang menggunakan alat
peranti khas untuk menyekat remote kereta berfungsi agar mereka dapat mencuri
kereta kami.
Tetapi mereka gagal berbuat demikian, lalu mereka pancitkan
tayar kereta dan menunggu kami menyedari keadaan tayar itu sebelum masuk ke
dalam kereta. Peluang dan kesempatan yang ada itu mereka akan gunakan untuk
menyamun ketika kami sedang sibuk menukar tayar.
Berhati-hatilah semua. Pastikan kereta dikunci dan periksa
keadaan tayar ganti agar ia dapat digunakan ketika menghadapi kecemasan. Jika
kereta tiba-tiba rosak atau bermasalah, pandu ke tempat yang terang dan ramai
orang sebelum keluar untuk memeriksa keadaan kereta.
Mujur kami selamat sampai ke rumah. Berhati-hatilah semua.
Thereporte
Ulasan
Catat Ulasan