Video Ammar Titan Menangis Digantung Kerja
Menurut Watson, dia masih belum dapat menerima perbuatan
berkenaan yang dianggap keterlaluan.
"Mungkin satu hari nanti saya akan menerima permohonan
maaf itu, tetapi bukan sekarang," katanya.
Tambah Watson lagi, dia kini menyerahkan perkara itu kepada
polis untuk tindakan seterusnya selepas membuat laporan polis semalam.
Watson berkata demikian pada sidang media di hotel di Miri
hari ini selepas bertemu pengurusan Primeworks Studios Sdn Bhd(PWS) diketuai
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar.
Pertemuan itu turut dihadiri oleh pengacara tersebut, Azizul
Ammar Abu Hassan.
Semalam, PWS yang diwakili Ahmad Izham memohon maaf kepada
Watson.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dalam
kenyataannya hari ini mengesahkan menerima laporan Watson Nyambek dan kes akan
disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ahmad Izham berkata, rancangan Sukan Tak
Sentral dibatalkan serta merta manakala tujuh krew produksi termasuk pengacara
dan penerbit rancangan itu digantung tugas.
Katanya Azizul Ammar digantung dalam tempoh yang belum
ditetapkan.
“Dalam tempoh penggantungan itu, Ammar tidak akan dipanggil
oleh mana-mana rancangan terbitan PWS.
"Perbuatan mempersendakan nama baik bapa Watson adalah
salah dan tidak sepatutnya berlaku.
"Kami akui perbuatan itu menyinggung perasaan Watson
dan seluruh keluarganya," katanya.
Katanya, pihaknya amat menghormati Watson sebagai seorang
atlet yang banyak berjasa kepada negara.
Sementara itu, Ammar berkata, dia tidak mempunyai niat untuk
mempersendakan nama mendiang bapa Watson.
"Saya memohon maaf kepada Watson dan keluarganya atas
keterlanjuran berkenaan," katanya.
Terdahulu, pengacara rancangan Sukan Tak Sentral, Ammar
telah mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan nama mendiang bapa Watson
dalam rancangan itu. Sumber / Foto: Harian Metro
Video Ammar Titan Menangis Digantung Kerja
— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 25 April 2017
Baca Berita Penuh: https://t.co/or2W84vCac pic.twitter.com/6hf1l55MGw
Ulasan
Catat Ulasan